Kenangan bersama Naib Johan Qari Us Anuar dari Perak
Idola ku Tan Sri Hassan Azhari yang masih mantop
Bertugas di bilik HakimKali ini tibalah pula giliran Negeri Perak Darul Ridhwan menjadi tuan rumah bagi majlis berprestej Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 52 Tahun 1430H/2009M.
Majlis berlangsung selama 5 malam berturut-turut di Dewan Censelor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Bandar Seri Iskandar, Ipoh, Perak.
Peserta yang telah menjalani kursus Tahsin di DP tempoh hari tampil memperdengarkan bacaan masing-masing. Aku dan kru urusetia hakim yang lain seperti biasa sentiasa sibuk di bilik hakim setiap malam menjalankan tugas kehakiman dan permarkahan.
Pakar ICT pun turut sertaKami disambut dan layan dengan begitu mesra oleh JAIN Perak dan juga diraikan dalam beberapa Majlis seperti Makan Tengahari Bersama Sultan Perak di Istana Bukit Candan, Kuala Kangsar, Makan Tengahari Bersama Menteri Besar di Kediaman Rasmi MB dan Makan Tengahari bersama Perdana Menteri di Hotel Impiana dan makan durian bersama Imam besar negeri Perak, dan Imam kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar.
Makan bersama MB dikediamannyaDiwaktu terluang aku dan rakan mengambil peluang singgah di Sayong. Satu tempat yang popular dengan cenderamata labu sayongnya. Aku pun belilah juga buat buah tangan dan koleksi labu2. Kalau ikutkan rasa semuanya nak beli kerana cantik2 belaka. Memang seronok suasana di kawasan itu yang rata-rata penduduk disitu mencari pendapatan dengan membuat kraftangan.
Barisan Jemaah Hakim yang arif
sebahagian urusetiaMasuk kali ini sudah dua kali berturut-turut Negeri Perak telah menjadi Juara bagi kategori Qariah, kedua dari Johor dan ketiga dari Wilayah Persekutuan. Bagi kategori Qari pula dimenangi oleh peserta dari Sarawak, manakala naib johan dimenangi oleh peserta dari negari Perak dan tempat ketiga dimenang oleh peserta dari Sabah. Tahniah kepada yang menang.
Di pintu masuk ke UTP* Aku seronok dapat juga masuk UTP yang begitu gah itu hehe.







0 comments:
Catat Ulasan