Qari Melaka, Penang dan Johor
Ustaz Anuar Qari Perak
Salam dan jumper lagi. Aku baru je balik dari Port Dickson kerana Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Kebangsaan selama 5 hari.
Saat menjamu selera
Peserta terdiri daripada johan dan naib johan dari negeri2 seluruh Malaysia. Mereka diberi tunjuk ajar dari segi bidang Tajwid, Fasohah, Tarannum dan seni suara. Kali ini ramai johan qari dan qariah negeri terdiri dari golongan muda2. Aku dan cc dibelakang tabir je...
Mereka datang dengan satu semangat iaitu ingin mendalami lagi ilmu Al-Quran kerana Allah dan bagi untuk Tilawah Kebangsaan dan Antarabangsa. Masing2 dengan cara yang tersendiri semasa memperdengarkan bacaan. Masing2 ada keistimewaannya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Antara objektif kursus :
I. Meningkatkan motivasi dan displin diri peserta sebagai persediaan sebelum ke Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan;
II. Memberi pendedahan dan persiapan daripada sudut psikologi/mental, kesihatan dan senaman kepada peserta menerusi sesi ceramah dan bengkel;
III. Pengukuhan mutu bacaan daripada pelbagai aspek menerusi sesi muhadharah dan bengkel talaqqi
IV. Berupaya melahirkan qari dan qariah pelapis yang berwibawa sebagai persediaan menyertai Majlis Tilawatul Quran pada mana-mana peringkat.

Peserta juga diberi latihan jasmani diawal pagi iaitu teknik pernafasan dengan cara senaman yang betul. Best gak, terasa ringan sikit badan walaupun pada mula2 terasa sengal2 gak otot aku nih. Maklumlah duduk kat hotel 4 hari pasti berat badan akan bertambah kalau tak bersenam.
Abis kursus, petang aku dan teman2 seperjuangan dibelanja oleh Dato2 penceramah makan durian la, sate la dan lain2. Syukur alhamdulillah kenyang.
Seronok juga disana cumanya malam pertama tidur dihotel tempat berlangsung nya kursus, aku x lena tido. Berubah tempat kot. Member aku kata hotel ni menyakat. Itu yang membuat kan aku seram gak tido sorang. Jawabnya aku buka semua lampu sampai ke pagi la. Tido x lena la jawabnya. Sebab itu la dalam bilik program aku terkuap2 mengantok.
Apa-apa pun aku dah selamat sampai kerumah pun. Aku bawa buah tangan durian untuk keluarga di Putrajaya. Suami dan bapa mithali la katakan.
* semuga aku juga dapat ilmu yg diberi oleh tuan2 guru tu amin. Aku seronok jumper qari2 qariah terkenal seperti Ustaz Anuar wakil Perak. Aku berdoa semoga dia berjaya di MTQA nanti. orang satu negeri ...yob.

0 comments:
Catat Ulasan