Pergi makan durian bersama Tan Sri Syeikh Ismail di Kg Paya, Lubok Merbau, KK
Mior dan Fadil tu makan durian ke posing je tu!
Mmmm memang antara buah yang paling aku suka ialah durian. Sama la dengan wife aku tu. Kalah le pulak aku. Kalau dapat mengadap durian mmm mentua lalu dibelakang pun tak nampak kata orang tua2. Durian yang best bagi aku durian tempatan dari dusun2 kampung, terutama sekali dari negeri Perak. Kalau yang import kureng sikit. Sekarang ni sedang musim durian, ape lagi hari2 panas, demam durian le katakan. Tak caya cuba la makan banyak sikit, berasap telinga beb. Teringat lak aku lirik lagu Os yang lorgat perak tu, "bila musim doroan rame sedara mara"
Us Majdi dan Hj Hamid berebut nampakTerima kasih yang terhingga diucapkan kepada Us Zainuri dan Ketua Kampung kerana meraikan kami dengan pelbagai buah-buahan. Kami dijamu dengan buah-buahan segar yang baru saja dipetik dari dusun yang berhampiran dengan rumahnya. Semoga bertambah2 lah lagi rezki hendaknya.
* Petua tak nak panas badan ialah kena minum air dalam pangsa durian dengan baca bismillah dan selawat nabi. InsyaAllah








0 comments:
Catat Ulasan