28 Jul 2009

CUCI MATA


PERMATA HIJRAH

Permata Hijrah Toner Mata
Toner mata yang dihasilkan dari formula air zam-zam, air suling yang bermutu tinggi, mutiara dalam laut, herba & karangan laut. Ianya tidak memedihkan mata dan boleh menyejukkan, menyegarkan, menyihatkan mata dan membantu merawat masalah mata. Tidak mempunyai bahan kimia dan tidak memabukkan serta boleh meneutralkan bahan kimia.


Untuk masalah silau mata, masalah rabun dekat dan rabun jauh, masalah kornea mata, masalah katarak, masalah glukoma, masalah urat saraf, masalah rabun yang disebabkan kencing manis, mengurangkan "POWER" kaca mata dan mencairkan selaput lendir di dalam mata dengan izin ALLAH. InsyaAllah sembuh tidak perlu dibedah dan tidak berkaca mata lagi.
Warna Hitam = Untuk kegunaan malamWarna Hijau = Untuk kegunaan siang
WM : RM 59.90 , EM : RM 62.90, USD : $ 30.00 ( each)
* Cuci mata la pulak. ya la dah lama x servis.

27 Jul 2009

AMALAN MEMBACA AL QURAN


Hadith :


Dari Abu Musa r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Selalu-selalulah membaca al-Quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya.”

(Muslim)

Huraian




Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhu


yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, maka Allah akan menyesatkannya. Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
* Jangan lupa membaca Al-Quran yang telah dihadiahkan itu...

22 Jul 2009

KHASIAT ESPRESSO-XY




Ektrak

1. Maca

Dari negara Peru, ditanam di Dataran Junin pada ketingiian 14000 kaki dari paras laut. Kaya dengan amino asid, kalsium, zinc, magnesium, phosphorous. Maca bertindak mengawal keseimbagan hormon dengan memaksimakan fungsi kelenjar pitiutari. Maca juga dikenali sebagai adaptogen menambah kebolehan badan melawan tekanan dan penyakit.
Menambah stamina dan tenaga
Merangsang nafsu sexual lelaki
Merawat masalah sexual lelaki
Memantapkan fizikal dan emosi
Merangsang kesegaran otak
Merawat kemurungan
Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
Menambah keseimbangan hormon

2. Butea Superba

Butea superba merangsang vasodilatasi salur darah zakar sama seperti viagra tanpa kesan mempercepatkan denyut jantung, gementar atau letih. Ereksi zakar berlaku secara lebih selesa.
Butea superba juga dikenali “ herba viagra” ia mengandungi flavonoid & flanovoid glycosides yang bertindak merangsang vasodilatasi salur darah zakar melalui pembentukan nitric oxide . Nitric oxide bertindak menghalang c-amp phosphodiesterase yang bertindak secara terus terhadap corpus cavernosum zakar menghasilkan penambahan pengaliran darah ke corpus cavernosum yang mengeras dan menengangkan zakar. Ia juga mampu menambah kenikmatan, keghairahan dan kepuasan hubungan sexual yang sempurna. Keputusan penyelidikan klinikal terhadap 2000 lelaki untuk masa lebih 5 tahun amat panas !!!!

Hasil penyelidikan klinikal terhadap 2000 lelaki untuk masa lebih 5 tahun amat panas!!
Seperti dibawah, dengan butea superba anda mampu:
Ereksi mudah dan tahan lama
Ereksi semula selepas ejekulasi dan setiap pagi
Menambah frekuasi ereksi dan masa ereksi yang panjang semasa melakukan hubungan sexual
Menambah frekuasi hubungan sexual dan zakar kembali tegang selepas 2 minit ejekulasi
Menambah saiz besar dan panjang zakar

3. Ektrak Tongkat Ali

Ia adalah 500x lebih kuasa dari akar Tongkat Ali. Tongkat Ali membantu:
Meningkat keinginan sexual lelaki
Menambah tenaga
Melancarkan peredaran darah
Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan

4. Ektrak Panax Ginseng

Ektrak Panax Ginseng mampu merendahkan tahap gula dan kolesterol dalam darah, melawan stress, menambah kekuatan dan tenaga serta menjadikan anda rilex dan segar.

5. Espresso

Kopi terhebat yang dihasilkan daripada kisaran biji kopi terpilih pada suhu yang inggi bagi mendapatkan serbuk kopi yang bermutu tinggi.

Espresso merupakan satu citarasa kopi yang begitu popular di seluruh dunia.

* Jom cuba nak, aku pun lom cuba lagi nih!!!!

MENJAGA AKHLAK

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian

i) Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benar-benar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing.

ii) Sebelum berkata hendaklah berfikir terlebih dahulu, bila didapati tidak ada bahaya kerananya, berkatalah, tetapi jika sebaliknya diamlah kerana diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang yang terpuji melainkan jika diam dari mengatakan yang hak dan menegur sesuatu yang salah kerana diam seperti ini adalah diam yang dicela oleh agama.

iii) Setiap umat Islam hendaklah bertimbang rasa dalam pergaulan sesama jiran kerana jiran adalah orang yang paling dekat selain daripada sanak-saudara yang tinggal di sekeliling.

iv) Memuliakan tetamu pula maksudnya ialah melakukan kebaikan kepada mereka sebagai orang yang datang berkunjung ke rumah di mana selaku tuan rumah hendaklah melayan tetamu mereka dengan senang hati, sopan dan memberikan jamuan kepada mereka sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Manakala bagi tetamu pula hendaklah sebaik mungkin tidak sampai menyusahkan tuan rumah.

21 Jul 2009

JOM MAKAN DURIAN

Pergi makan durian bersama Tan Sri Syeikh Ismail di Kg Paya, Lubok Merbau, KK

Mior dan Fadil tu makan durian ke posing je tu!
Makan durian bersama Pengarah UA dan Imam Masjid Negara

Bio Nik dan duriannye...

Mmmm memang antara buah yang paling aku suka ialah durian. Sama la dengan wife aku tu. Kalah le pulak aku. Kalau dapat mengadap durian mmm mentua lalu dibelakang pun tak nampak kata orang tua2. Durian yang best bagi aku durian tempatan dari dusun2 kampung, terutama sekali dari negeri Perak. Kalau yang import kureng sikit. Sekarang ni sedang musim durian, ape lagi hari2 panas, demam durian le katakan. Tak caya cuba la makan banyak sikit, berasap telinga beb. Teringat lak aku lirik lagu Os yang lorgat perak tu, "bila musim doroan rame sedara mara"

Us Majdi dan Hj Hamid berebut nampak

Terima kasih yang terhingga diucapkan kepada Us Zainuri dan Ketua Kampung kerana meraikan kami dengan pelbagai buah-buahan. Kami dijamu dengan buah-buahan segar yang baru saja dipetik dari dusun yang berhampiran dengan rumahnya. Semoga bertambah2 lah lagi rezki hendaknya.
* Petua tak nak panas badan ialah kena minum air dalam pangsa durian dengan baca bismillah dan selawat nabi. InsyaAllah

19 Jul 2009

KENANGAN DI ISTANA PERAK


Bersama Pasu, di kaki Bukit Candan

Ustaz Al Fadil
Hampir seminggu di Ipoh banyak kenangan manis yang terpahat dalam sejarah kehidupan ku. Yang paling terkesan ialah semasa Majlis Santapan Di Raja bersama Duli Tuanku Sultan Perak di Istana Bukit Candan Kuala Kangsar. Memang tenang dan meriah sekali suasana di Dewan jamuan Istana . Turut Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Menteri di JPM, MB Perak, Orang2 Besar Perak, Mufti Perak, Qari dan Qariah, Hakim2 dan Dif2 kehormat.
Menunggu keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia

Majlis berjalan dalam suasana yang meriah dan hadingan yang disediakan memang enak2 belaka terutamanya ayam tanduri dan rendang tok. Mmmmm makanan kegemaran ku.

Setelah selesai jamuan, Tuanku bersalaman dengan para tetamu yang diraikan. Dapat jaga aku bersalaman dengan Sultan negeri ku.

* Aminkan Doa sebelum makan dan syukur alhamdulillah atas nikmatNya.

18 Jul 2009

TILAWAH KEBANGSAAN DI PERAK

Peserta dari Sarawak Johan Qari


Kenangan bersama Naib Johan Qari Us Anuar dari Perak

Idola ku Tan Sri Hassan Azhari yang masih mantop


Bertugas di bilik Hakim

Kali ini tibalah pula giliran Negeri Perak Darul Ridhwan menjadi tuan rumah bagi majlis berprestej Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 52 Tahun 1430H/2009M.

Majlis berlangsung selama 5 malam berturut-turut di Dewan Censelor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Bandar Seri Iskandar, Ipoh, Perak.

Peserta yang telah menjalani kursus Tahsin di DP tempoh hari tampil memperdengarkan bacaan masing-masing. Aku dan kru urusetia hakim yang lain seperti biasa sentiasa sibuk di bilik hakim setiap malam menjalankan tugas kehakiman dan permarkahan.


Pakar ICT pun turut serta
Kami disambut dan layan dengan begitu mesra oleh JAIN Perak dan juga diraikan dalam beberapa Majlis seperti Makan Tengahari Bersama Sultan Perak di Istana Bukit Candan, Kuala Kangsar, Makan Tengahari Bersama Menteri Besar di Kediaman Rasmi MB dan Makan Tengahari bersama Perdana Menteri di Hotel Impiana dan makan durian bersama Imam besar negeri Perak, dan Imam kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar.


Makan bersama MB dikediamannya
Diwaktu terluang aku dan rakan mengambil peluang singgah di Sayong. Satu tempat yang popular dengan cenderamata labu sayongnya. Aku pun belilah juga buat buah tangan dan koleksi labu2. Kalau ikutkan rasa semuanya nak beli kerana cantik2 belaka. Memang seronok suasana di kawasan itu yang rata-rata penduduk disitu mencari pendapatan dengan membuat kraftangan.
Barisan Jemaah Hakim yang arif

sebahagian urusetia

Masuk kali ini sudah dua kali berturut-turut Negeri Perak telah menjadi Juara bagi kategori Qariah, kedua dari Johor dan ketiga dari Wilayah Persekutuan. Bagi kategori Qari pula dimenangi oleh peserta dari Sarawak, manakala naib johan dimenangi oleh peserta dari negari Perak dan tempat ketiga dimenang oleh peserta dari Sabah. Tahniah kepada yang menang.


Di pintu masuk ke UTP

* Aku seronok dapat juga masuk UTP yang begitu gah itu hehe.

11 Jul 2009

ISTIGHFAR

Hadith :


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian



1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.



2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnyaNya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.



3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

BERSAMA GAJAH DI KUALA GANDAH

Saiz lebih kurang hehe

Ady macam biasa je ngan ular!!!

Seperti kanak-kanak kecil yang pantang dihulurkan gula-gula, anak gajah ini ternyata amat gemarkan kacang. Pengunjung berpeluang memberi makan gajah lebih tua buah-buahan tempatan seperti tebu, tembikai atau betik. Lazimnya, selepas waktu makan tengah hari, pengunjung diberikan kesempatan untuk menunggang gajah dewasa. Tiada bakul penumpang disediakan, sebaliknya pelancong duduk di atas gajah bersama dengan pekerja pusat itu.


Lawatan ke pusat ini akan lebih bermakna apabila pengunjung berpeluang memandikan gajah, pengalaman unik yang tidak ditawarkan mana-mana kem gajah di Kuala Gandah. “Kadangkala, gajah boleh membawa antara tiga dan lima orang. Sebaik memasuki air, akan menjatuhkan semua penumpang di belakangnya ke dalam sungai. Aktiviti ini kini menjadi tarikan utama pelancong asing.“



Kumpulan aku menang tu!!!

Itulah kenangan yang tidak boleh dilupakan semasa opis ku buat team building di situ. Banyak aktiviti lasak menyeronokan, antaranya berkemah, bermudik dalam sungai, mendaki dan menuruni bukit dan kembara malam. Meredah kaki Gunung Tahan dikegelapan malam.

Kami mula berjalan lebih kurang jam 12.30 tgh malam dan selesai jam 4.30 pagi. Sebenarnya pertama kali dalam hidup aku melakukan aktiviti begini, takut pun ada hehehe. Doa je la agar aku dan member semua selamat sampai kedestinasi . Walaupun kepenatan, aku rasa begitu puas dapat menamatkan kembara malam itu dengan jayanya.

* tak lupa lagu mapole uwa dan laici kang semasa sessi bermain.

8 Jul 2009

KEPENTINGAN KASIH SAYANG


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”

Riwayat Abu Daud


Huraian1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.2. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat. 3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.


7 Jul 2009

KAU PERGI JUA




Wajahmu

Seindah serinya pelangi yang indah

Seharum mawar putih segar berkembang

Wajahmu

Mengapa sering terbayang dimataku

Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku

Tahukah kau didalam hatiku ini

Tersimpan perasaan cinta nan suci

Kau bunga

Ingin kusuntingmu menjadi milikku

Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya

Harapan yang selama ini kubawa

Hancur berkecai musnah jua akhirnya

Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua

Setelah cinta ku kini membara

Belum sempat kucurahkan kasihku

Kau pergi tak kembali...

SYAFAAT RASULULLAH

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”

Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat
.2. Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
3. Islam melarang umatnya berdusta kerana berbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.
4. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut di dalam hadith tersebut.

6 Jul 2009

MENGERATKAN PERSAHABATAN

Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

Riwayat Al-Tabrani

Huraiani) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

4 Jul 2009

BERTAUBATLAH


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”

Riwayat Bukhari & Muslim

HuraianPengajaran hadis:
i) Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama.

ii) Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu di atas hidungnya.

iii) Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah:
a) Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta. Contohnya orang yang tidak melakukan sembahyang mestilah kembali menunaikan sembahyang atau orang yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji tersebut.
b) Menyesali dosa yang telah dilakukan di mana setiap kali terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis kerana takutkan seksaan Allah S.W.T.
c) Bertekad tidak akan mengulangi dosa.
d) Mengembalikan hak kepada yang berhak. Ini adalah kerana seorang yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan. Oleh itu jika dia pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya. Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) daripada orang tersebut.
e) Dalam tempoh masa- Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.

BERAMAL DENGAN SURAH AL KAHFI

Hadith :

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

(al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)


HuraianDalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat

2 Jul 2009

TAHSIN KEBANGSAAN DI PD

Ketekunan dan tumpuan peserta









Qari Melaka, Penang dan Johor









Ustaz Anuar Qari Perak

Salam dan jumper lagi. Aku baru je balik dari Port Dickson kerana Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Kebangsaan selama 5 hari.









Saat menjamu selera

Peserta terdiri daripada johan dan naib johan dari negeri2 seluruh Malaysia. Mereka diberi tunjuk ajar dari segi bidang Tajwid, Fasohah, Tarannum dan seni suara. Kali ini ramai johan qari dan qariah negeri terdiri dari golongan muda2.

Aku dan cc dibelakang tabir je...
Mereka datang dengan satu semangat iaitu ingin mendalami lagi ilmu Al-Quran kerana Allah dan bagi untuk Tilawah Kebangsaan dan Antarabangsa. Masing2 dengan cara yang tersendiri semasa memperdengarkan bacaan. Masing2 ada keistimewaannya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Antara objektif kursus :

I. Meningkatkan motivasi dan displin diri peserta sebagai persediaan sebelum ke Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan;

II. Memberi pendedahan dan persiapan daripada sudut psikologi/mental, kesihatan dan senaman kepada peserta menerusi sesi ceramah dan bengkel;

III. Pengukuhan mutu bacaan daripada pelbagai aspek menerusi sesi muhadharah dan bengkel talaqqi

IV. Berupaya melahirkan qari dan qariah pelapis yang berwibawa sebagai persediaan menyertai Majlis Tilawatul Quran pada mana-mana peringkat.

Peserta juga diberi latihan jasmani diawal pagi iaitu teknik pernafasan dengan cara senaman yang betul. Best gak, terasa ringan sikit badan walaupun pada mula2 terasa sengal2 gak otot aku nih. Maklumlah duduk kat hotel 4 hari pasti berat badan akan bertambah kalau tak bersenam.
Abis kursus, petang aku dan teman2 seperjuangan dibelanja oleh Dato2 penceramah makan durian la, sate la dan lain2. Syukur alhamdulillah kenyang.

Seronok juga disana cumanya malam pertama tidur dihotel tempat berlangsung nya kursus, aku x lena tido. Berubah tempat kot. Member aku kata hotel ni menyakat. Itu yang membuat kan aku seram gak tido sorang. Jawabnya aku buka semua lampu sampai ke pagi la. Tido x lena la jawabnya. Sebab itu la dalam bilik program aku terkuap2 mengantok.
Apa-apa pun aku dah selamat sampai kerumah pun. Aku bawa buah tangan durian untuk keluarga di Putrajaya. Suami dan bapa mithali la katakan.

* semuga aku juga dapat ilmu yg diberi oleh tuan2 guru tu amin. Aku seronok jumper qari2 qariah terkenal seperti Ustaz Anuar wakil Perak. Aku berdoa semoga dia berjaya di MTQA nanti. orang satu negeri ...yob.