28 Dis 2009

ZIKIR LAH

Kesan Zikir Terhadap Otak

1. Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
2. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
3. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
4. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
5. Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

* Jom zikir agar hidup ni sentiasa dalam keberkatan dan dijauhkan Allah segala kemungkaran. Bila hati bersih jiwa bersih diri bersih barula rezki masyukk.$$$.. tak gitu.

20 Dis 2009

TIP BISNES $







Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda. Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka yang lebih bertauliah.

Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

Aliran tunai adalah nadi dalam sesuatu perniagaan!

* mmmm saya SPM dapat 9 dalam prinsip akaun hehe... Macam mana tu? Ala beranikan diri je.. rezki ade dimana2..

17 Dis 2009

RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH




Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

Anas r.a

Huraian

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

* amin..

SALAM MAAL HIJRAH



Selamat Menyambut Maal Hijrah Tahun 1431H kepada seluruh umat Islam. Semoga kita semua terus memperbaiki segala kelemahan diri agar seluruh umat Islam didunia ini lebih mantap lagi dari setiap sudut. Selaras dengan tema Sambutan Maal Hijrah pada kali ini iaitu Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah.

*Jangan sesekali kita berpecah belah. Rapat2kan lah saf...

6 Dis 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA


geli !!!!

Cuti, cuti juga tetapi jangan sampai solat pun bercuti, tutup aurat cuti dan al-Quran pun cuti. Sebenarnya Allah memerintahkan kita mentaati-Nya supaya kita hidup bersistem dan Allah hendak menjanjikan syurga kepada kita.

Syaitan yang tidak pernah cuti itu akan terus menggoda kita supaya sama-sama menemaninya di neraka dan supaya kita hidup tidak berdisiplin.

Apabila tidak mengikuti Islam kita tidak berdisiplin. Apabila tidak berdisiplin akan menjadi seperti Mat Rempit, bukan saja tidak berdisiplin di jalan raya, malah kadangkala mencabar undang-undang, menagih dadah dan apabila sudah tidak takut Tuhan, membujur lalu melintang patah.

Remaja Punk dan Black Metal sanggup makan tulang dan makanan buangan sedangkan yang baik mereka tinggalkan sebab sudah tiada disiplin. Semuanya bermula kerana tidak takut Allah. Apabila tidak takut, tiada disiplin.

Kepada ibu bapa, cuti-cuti juga, program pembangunan iman untuk anak-anak mesti masuk dalam agenda. Bawa anak-anak remaja mengerjakan solat berjemaah di masjid.

Ajak mereka bersama mendengar kuliah yang tidak pernah lekang diadakan di masjid, malah mengaji al-Quran bersama sama ada pada awal pagi atau petang.

* santai2 dan rehatkn minda, Sepetang di pantai Melaka

4 Dis 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU






Selamat pengantin baru ku ucapkan kepada semua saudara mara dan kawan2 yang ke jinjang pelamin bulan ni. Semoga kalian semua berbahagia melayari bahtera di alam berumahtangga bersama pasangan masing2.

* Pemanduan tu kenalah berhemah ye.. mantop beb

1 Dis 2009

MOGA DIJAUHKAN DARI KEJAHATAN

'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.

29 Nov 2009

MAKAN LAKSA KUALA


ambil angin kt KK
Istana lama





Semalam dalam perjalanan balik dari kampung ke Putrajaya, kami sekeluarga sempat singgah di Kuala Kangsar. Mula2 pergi ke tempat perusahan kecil di Sayong, cari lampu ukiran labu untuk buat hadiah anak buah nak kawin minggu depan. cantik2 belake dan boleh tawar, dapat la murah sikit.

Penat gak jalan2 kt situ dan perutpun mula terasa lapar. Apa lagi cari tempat makan la, teringat ada mmember kata kat KK ni laksa dia memang menyengat habis.

Memang terdapat ramai penjual laksa di medan selera rupanya. Tak tahu nak pilih yang masa satu. mmm belasah je la labu. mujur gak terkena gerai yang sedap. memang sedap sekali rasa memang nak lagi. minum pula dengan cendol. pppppgggghhhh....

Lepas makan kami pergi melawat Istana Negeri Perak, Istana Kenangan dan Masjid Ubudiah. Best dengan macam2 kerenah anak2 di musim sekolah


Perjalanan balik memang memenatkan kerana jalan jem.

* dalam kereta wife aku kata lain kali kalau balik dari kg kita singgah lg makan laksa kt KK ya bang, sedapppp. Aku ok je. Terima kasih kerana belanje hehe...

24 Nov 2009

JOM MAKAN SATE



Yahoo.... gaji dah masuk.
jom makan sate nak.
Lama dah tak makan sate nih.
Mmm sedap tuh.
Sesekali ku rasa teringin lak.
Kalau selalu bole gemok la beb haha...

* mmmm siapa lak nk belanjer nih

23 Nov 2009

HIKMAT KORBAN

Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”
Riwayat at- Tirmidzi


Huraian

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

* Kami balik kg kali ni nak buat korban juga. Semoga di berkati Allah hendaknya..

17 Nov 2009

KEK BANANA GATEAUX

Sejak akhir2 ni aku asyik nak makan je. haha
ini kek yang best. nak rasa jom kita buat sendiri


Bahan A:
6 biji telur
120 gm gula kastor
30 gm ovellette

Bahan B:
120 gm tepung superfine
20 gm tepung jagung

Bahan C:
50 ml minyak jagung
1/2 sudu kecil esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B dan gaul sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan bahan C.
4. Alaskan acuan 9 inci x 9 inci dengan kertas minyak.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180oC selama 35-45 minit. Sehingga masak dan sejukkan kemudian potong kepada tiga bahagian.

BAHAN ISIAN:
3 biji kuning telur
1 biji telur
50 gm gula kastor
250 gm keju mascarpone
250 gm krim putar
20 gm gelatin ditambah dua sudu besar air (rendam dan panaskan)
2 biji pisang (kisar halus)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Putarkan kuning telur dan gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan gelatin.
3. Masukkan krim putar dan keju mascarpone.
4. Akhir sekali masukkan pisang yang dikisar halus.
5. Potong kek kepada tiga bahagian.
6. Sapukan setiap lapisan dengan bahan isian dan letakkan pisang sebagai hiasan.
7. Sejukkan dalam peti sejuk.

* Sempena ulang tahun kelahiran ku nk makan kek la. Jgn sampai badan naik dah la...

14 Nov 2009

MOTO KU SAYANG

satu hari dibengkel moto


Inilah moto kesayangan ku.
Nampak macam baru kan.
Ramai kekawan aku salah sangka.
Depa ingat aku beli moto baru.....
Mmm sebenarnya baru tukar cover je..
Baru la nampak macam baru sikit.
Injinnya pun masih ok lagi.
Sayang lak nak beli baru. banyak jasa tu...
Nak jimat cermat dah pasti.
Yang penting ianya masih elok lagi menjimatkan.
* siapa nak tumpang boleh je...




13 Nov 2009

NILAI NILAI ISLAM YANG PALING UTAMA

Hadith :

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.”

(al-Bukhari dan Muslim )


Huraian

Rasulullah SAW menerangkan bahawa sebaik-baik amalan dalam syariat Islam ialah memberi makan dan bermurah hati kepada fakir miskin sama ada dengan cara menjamu mereka atau sebagainya serta mengucapkan salam sama ada kepada orang yang kita kenal atau kepada orang yang belum kita kenali. Dengan perkataan lain kita tidak boleh mengkhususkan salam hanya kepada individu-individu tertentu sahaja sebaliknya hendaklah diucapkan salam itu kepada sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam kerana semua umat Islam adalah bersaudara.

Asalamualikum semua.

11 Nov 2009

WAKTU-WAKTU DOA MUSTAJAB



Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir

Selepas solat fardu

Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk

Ketika dalam peperangan atau darurat

Ketika sujud

Ketika dizalimi orang

Ketika musafir

Bapa mendoakan kebaikan anak

Ketika wukuf di Padang Arafah

Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari

Selepas solat Asar

Ketika mahu berbuka puasa

Ketika sakit

Doa pada malam Lailatulqadar

Doa pada malam Jumaat

Doa dalam Masjidil Haram

Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)

Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis

Apabila khatam membaca al-Quran

Doa raja yang adil

Doa anak yang taat kepada ibu bapa

Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah

Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram

Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram

Berdoa di Hijr Ismail

10 Nov 2009

KOPI RADIX


Sinergi 7 Herba Kopi RADIX

1.Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) mengandung bahan aktif B-Sitosterol yang berfungsi merangsang pengeluaran hormon Endrogen N-Nonacosane. Hormon ini merangsang syaraf NEOCLOVENE yang dapat membangkitkan semangat serta meredakan keletihan.

Khasiat Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) :


Blood circulation tonic (Tonic & Peredaran Darah)
Ramuan selepas bersalin
Afrodisiak (ransangan seks)
Detoxifikasi (Membuang racun dalam tubuh)
Anti Hipertensi (Menurunkan darah tinggi)
Anti Piretik (Menurunkan panas dalam badan)
Mengatasi diare
Antidot (anti racun)
Demam kuning (Masalah hati)
Sakit tulang (Arthritis)
Gatal badan (Keracunan)
Batuk kering
Kencing manis
Maag
Keputihan
Gusi berdarah
Penyakit kelamin
Antiseptik untuk luka dalam
Menghilangkan ketagihan merokok

Sinergi Herba :

2.Teja Lawang (Cinnamomuminers)
Demam, menambah tenaga, selepas bersalin, asma, batuk

3.Tebu Gajah (Albizzia myriophylla)
Penetral kafein, penawar demam, antidot (penawar racun), mengobati sakit telinga, membuang angin dalam badan, obat tenaga bathin.

4.Mata Pelanduk (Ardisia crispa)
Merawat otot, merawat sakit dada, diare, sakit tenggorokan, keracunan, pembengkakan testis, demam, batuk, asam urat.

5.Mengkudu Hutan (Moronda eliptica)
Merawat sakit kepala, pelawas, wasir, jantung, darah tinggi, tidur yang berkualitas, menghaluskan kulit. Herba ini mengandung bahan aktif Morindin & Xeronin yang memberikan kesan positif pada sel sehingga menimbulkan rasa ceria.

6.Halban (Vitex pubescen)
Ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan, batuk.

7.Larak Hutan (Polyalthia hypoleuca)
Obat selepas bersalin, Buang angin, Tonik

* Jom Mai Secawan. Banyak khasiatnya tuuu...

UMMUL KITAB




Hadith :
Daripada Ubadah bin as-Samit r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sesiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak membaca padanya Fathatul Kitab maka solat itu kurang, kurang, tidak sempurna.”
Muslim dan Abu ‘Uwanah


Huraian

Membaca surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada 13 rukun solat. Surah tersebut mestilah dibaca dengan makhraj yang betul. Barulah hati akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila dibaca ayat keempat dari Surah al-Fatihah yang bermaksud: "Tuhan yang memiliki hari Akhirat." Maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara manusia yang bersesak di padang Masyhar. Terasalah akan kekerdilan dan kelemahan diri di sisi Allah SWT. Apabila membaca ayat kelima dari surah al-Fatihah yang bermaksud : "Engkaulah yang ku sembah dan Engkaulah tempat ku bermohon." Bererti kita telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukan menjadi penyembah hawa nafsu atau selainnya. Ringkasnya membaca surah al-Fatihah dalam solat adalah wajib. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana dengan bacaan tersebut menjadikan diri kita insaf sekali gus menjamin kita daripada lalai di dalam solat.

* Al Fatihah la selalu

7 Nov 2009

PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA

Hadith :

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”
(Muslim)

2 Nov 2009

REALLY BRUTAL


More than hundred thousands around the world of men have already discovered that Power 31 Brutal really works. Huge Long Lasting Erections are possible with this Brutal Lotion.

DIRECTION

The husband is suggested to apply the BRUTAL lotion 30~60 minutes before intercourse and its effectiveness lasted up to 10 hours. Apply thoroughly at the sensitive area of the penis, especially around the lower area at the top part of the penis. May also apply to the entire length. It's best to wash it off first before intercourse.

Specially formulated for husbands to last longer during intercourse.

ADVANTAGES OF BRUTAL/FOR HUSBAND

. Husband will be stronger and last longer...xxx.
. Invigorating.

. Wives can achieve multiples climaxes.
. Smooth and long voyage...

SEHARI BERSAMA BOMBA



Jam 9 pagi seramai 39 peserta dari JAKIM termasuk aku memulakan sessi latihan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Kami diajar latihan kawat asas cara2 menggunakan hos semasa dalam kebakaran. Berat juga rupanya semasa membawa hos tuh. Cara jinjing, kepit dan pikul. Kami diberi tunjuk ajar bagaimana cara2 memadamkan kebakaran. Aku dapat lakukannya dengan baik sekali.

Latihan sebegini amat berguna bukan saja untuk Jabatan malah untuk peribadi juga. Boleh diamalkan dimana2 pun. Sedikit sebanyak dapat juga aku ilmu kebombaan, ialah kata orang malang tak berbau kan. Kita kenalah sediakan payung sebelum hujan.

Diwaktu rehat dapat juga aku singgah kat opis, jumper kawan2 lama. Dula aku pernah bertugas di situ selama 5 tahun.

* Malam baru terasa sakit2 badan mungkin kesan dek pikul hos tengah2 panas tadi kot. Jangan malam ni mimpi bomba dah la.

30 Okt 2009

SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI


Kirim 'Assalamualaikum saya' ye bila tiba makom Nabi Muhammad S.A.W nanti. Itulah pesan aku pada kekawan yang akan berangkat ke tanah suci. Selamat berangkat la ke Mekah kepada saudara mara, sahabat handai dan semua muslimin muslimat yang akan mengerjakan fardhu haji di Mekkah pada tahun ini. Semoga mendapat haji yang mabrur hendaknya. Jangan lupa doakan kami di sini agar segera ke sana juga. InsyaAllah....
Selamat pergi dan selamat kembali semula ketanah air.
* Doakan la aku dan isteri agar dapat menunaikan rukun Islam yang kelima ini bersama. Amin.....& InsyaAllah,


25 Okt 2009

ULANG TAHUN PERKAHWINAN




Semalam adalah hari ulang tahun perkahwinan aku dengan Puan Seri Nooraini ku yang ke 17. Kami sambut secara sederhana tetapi meriah. Semoga ulang tahun perkahawian ini akan lebih bermakna lagi dengan berkat doa kedua ibu bapa mertua, saudara mara serta anak2.

Malam tadi kami ambil keputusan pergi makan malam berdua di satu tempat yang istemewa tanpa gangguan sesiapa. Mmm teringat kami saat2 manis ketika baru2 kaiwin dulu. Kami berdua je yang tau betapa bermaknanya hidup berumahtangga ni. Susah senang kami tempoh bersama, dan alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah memberi kami kekuatan dan rezki halal yang berterusan.

* Selamat ulang tahun perkahwinan untuk kami berdua.

23 Okt 2009

DUDUK IFTIRASH KETIKA SOLAT

Jom kita berkongsi info kesihatan..Untuk pengetahuan semua..Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki.



Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc...iftirash

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:"Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)….." Hadith shohih riwayat Bukhri.


Pengajaran hadith:


1.Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.

2.Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)

3.Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT

4.Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT. Selamat beramal dan menyampaikannya.

ALLAH MAHA PENGAMPUN


Hadith :


Dari Abu Ayyub al-Ansori r.a,


dari rasulullah s.a.w sabdanya:”Seandainya kamu sekelian tidak mempunyai dosa sedikit jua pun yang patut diampuni Allah, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum yang penuh dosa untuk diberikan-Nya ampunan bagi mereka.”

(Muslim)


*Bertaubatlah selalu semoga Allah ampunkan segala dosa2 kita. amin..

TAHSIN ZON TIMUR




Salam pantai timur deh, ambe nak goyak Ganu le pule. tapi tok panda deh.... sengang lak. Jangang marah ye warge Ganu kalo ambe silap. Harap maaf deh.



antara peserta Tahsin



Guru2 Tahsin yang diketuai Tan Sri Syaikh

Sepanjang perjalanang kami dari Putrajaye ke Kuale Ganu, negeri asal kain songket ni meriah belake. Tambah pule bile dengo stesen radio Ganu FM. Macang2 celoteh DJ petang itu menghangakkang lagi suasane perjalanang petang itu. tu yang rase nak cube goyak Ganu le..



Kenangan bersama tok guru Pok Nik Jaafar

Tak sabo juge rase nak makang nasi dagang die. Katenye sedap2 belake.. kira2 jam 5.30 petang kami pung tibe le kat hotel penginapang. Lokasi meme menarek..


Malang tu bermule le Kursus Tahsin kt Negeri Ganu nih. Semue peserta dari Kelantang, Pahang dan Ganu hebak2 belaka. Esoknya kau dang membe gi ke pajabak negeri die. Staf die baik2 dan come2 belake. Layanang baik mereke yang tak lupe tu.Kami di jamu makang nasi dagang.


Kursus seperti biase berjalang dengang lancarnye. Petang, membe datang bawe aku jalang2 makang ikang telop tepong kat tepi pantai belakang Air Port. Pantai nye molek belake dengang anak2 mude bemain kude. Tambah pule sotong goreng dan kepok cicah sos die. Ape lagi airnya semestinye 'Tongkat Ali ais' satu phhhhhg.... Lepas tu buat lawatang sambil belajar le pulak kt sekitar air port tuh. Banyak juge yang aku dapak info berkenaang dengang kawasang sekita situ.


Sempat gak aku dan membe2 cilok gi Desa Murni kat Jalan Kuale Berang, beli la 2 helai kain samping songket tenun. Nak tau hargenye berape? cuma RM14 je sehelai. Baju batik warne biru beli sehelai, cuma RM69 je. ok tak? Berbaloi2. Kebetulang lak ade THR gegar lak kt depan pintu kedai masa tuh. Aku pun tak lepas peluang cube nasib mejawab beberape soalang, dapat la due hadiah gak. haha best sangat.


Malam kuar lagi.. gi jalang2 tepi Pantai Batu Buruk ngan membe.... Santai dan minum2 di gerai kat situ, best gak kena udare laut malam2 gitu. Kat situ rupenya ramai juge anak2 mude Ganu merempit. Jangan sampai accident belanggor dah la. Nanti hidup asyik dalam ketakutan je lak. Troma..gitu

Lepas majlis penutup dan perpisahang, seperti biase kami bergerak pulang ke Putrajaya la. Saonara Kuala Ganu. Semoga tercapailah objektif kursus tu hendaknya.

Yang bestnye ade pule peserte yang ajak kami singgah kat Dungun makang nasi dagang di rumah sedare die. Kami tak lepas peluang. Aku dan member2 pasti tak leh nak lupe kenangan makang nasi dagang yang paling sedap yang pernah aku jumpe kat dunie ni. Siap minta no. tel lagi. Mane le tau kalau2 datang sana lagi nak gak singgah. Perjalanan balik yang santai sekali walaupung hujan Singgah solat jamak kat perhentian R&R Gambang dan pekene tongkat ali up, hahaha. Kami selamat sampai ke opis jam 11.00 malam.


Syukur dan banyak kenangan manis semase di sana yang tak dapak nk lupe...terima kasih semua. Mmm rase macang nak datang lagi le pulak.

*mmmm x emboh asyik buang masa maing dam due tige papang je ye.... Bace Quran lagi bagus.

16 Okt 2009

MUNGKINKAH REZKI DATANG MENGGOLEK


Di pagi hari sabtu lalu sedang aku rancak berbual dengan tetamu yang datang 'merisik' anak buah aku. Tetiba hp aku berbunyi sedap gak alunan muziknyer, mmm siapa lak yang call nih!!!
Hello..... saya...... dari Kad Mesra Petronas, boleh saya bercakap dengan En Mohamad Termizi.
Ye saya.
Tahniah!!! anda telah berjaya menjadi salah seorang pemenang wang tunai 'Peraduan Cool Cash Petronas'.
Boleh saya buat pengesahan nama, no kad pengenalan dan no kad mesra encik?
Ok boleh, mmm boleh saya tahu berapa jumlah yang bakal saya dapat?
Encik kena lihat dalam surat yang kami akan hantar nanti. Betul ke ini alamat encik? (sambil dia membacakan alamat kediaman rasmi aku.)
Betul.
Ok, nama encik akan kami siarkan dalam akhbar2 terkemuka untuk tujuan makluman.
Ok.
Ok Tahniah dari kami sekali lagi.
Terima kasih banyak.

Aku masih lagi tertanya2 adakah ini 'panggilan hangit' dari Fafau atau aku sedang bermimipi di siang hari. Tapi teryata tidak...ini adalah kenyataan, cuma suspen berapa jumlah yang akan ku terima nanti? Adakah RM1000, 3000, 15000 atau 33000. Tunggu!!!!!!!!!!!
* Aku bersyukur, kalau betul lah ini adalah rezki terpijak aku yang datang mencurah2 dalam tahun ini.
mmm tadi aku adalah pemenang pertama hadiah cabutan bertuah sempena majlis hari raya kt opis ku.
Aku syukur dan syukur lagi kepada Allah.....

14 Okt 2009

SEDAPNYA ROTI ARAB


MENU HARI INI

Bahan-bahan ( 10 org makan )
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara

mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
tepung di gaul dengan yis
Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
panaskan minyak dan goreng sebiji2,

tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

* makanla bersama orang yang tersayang

8 Okt 2009

KURMA KISMIS DAN MADU


Kurma, Kismis, Madu & Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. " Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s.. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
* Amalan mulia untuk kesihatan kena ikut la. Maka dapat la hasilnya.

5 Okt 2009

BERPADA-PADA DALAM BERSEDEKAH



Hadith :


Hakim Ibnu Hizam berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan berilah lebih dahulu kepada orang yang engkau tanggungi. Dan sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang sesudah kita berikan masih ada sisa yang cukup bagi kita. Sesiapa yang memelihara diri daripada yang haram dan meminta-minta, nescaya Allah menjadikannya orang yang terpelihara. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah supaya diberi kecukupan, nescaya Allah memberikan kecukupan untuknya.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Huraian


Sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang tidak membuatkan kita ditimpa kesusahan akibat terlalu banyak memberi atau dengan perkataan lain pastikan masih ada sisa yang tinggal untuk kita meneruskan kehidupan. Malah dalam bersedekah juga utamakanlah orang yang di bawah tanggungan kita terlebih dahulu daripada yang lain.


* Jom bersedekah walaupun dengan senyuman iklas.

2 Okt 2009

MAIN MAIN GAK

Kimi - Bakal jutawan
Ayah: asyik main je ayah tengok kimi ni, siang main, malam main kt dalam ketera pun main gak.
Kimi : kan UPSRdah habis...
Ayah: apa pulak kan UPSRA masih ada lagi..
Kimi: ok je
Ayah: mmmm
Kimi: ayah buka komputer jap leh, nak main internet..
Ayah: mana boleh, nak buat ape.
Kimi: Nak main game jap je
Ayah: main lagi, bila nak belajar
Kimi: Kimi dah belajar kat sekolah cukup la tu haha
*Ayah doakan agar Kimi berjaya dalam kehidupan dunai akhirat... amin!!!

1 Okt 2009

MAKAN LA BUAH


Buah buah ape yang paling anda suka. Buah tempatan ke buah luar negara. Mmm suka semuanya, sebab makan buah buahan biasanya memang sedap2 belaka..
Salah satu hidangan raya kt ruamh aku pun buah juga. kecuali buah oren...haha
*camne dengan buah di hati kita lak

SUKA DUKA


antara hantaran pertunangan Wan Asril anak buah ku


Acara pertunangan dijalankan oleh kedua belah pihak


ini la dia combi nya, orang Penang no


bakal ibu mertua sarungkan cincin dijari manis

Bertunang setahun setengah bukanlah satu jangkamasa yang pendek, tetapi bagi bakal pengantin iaitu Wan Asril dan tunang, tak langsung mematahkan semangat mereka berdua untuk hidup bersama nanti. Kerana dia faham bakal isterinya itu masih menuntut lagi.

Tiba masa yang telah ditetap dan dijanjikan acara pertunangan pun bermula kira2 jam 2 petang.
Maklumlah pihak yang kami datang dari jauh nun di Kuala Lumpur semata-mata ingin merisik dan mengikat tali pertunangan dengan si gadis pilihan hatinya di Penang. Cuma aku je yang datang dari Kedah kerana kebetulan masih beraya di kampung ketika itu. Aku datang dengan wife, ibu mertua dan biras aku naik sebuah kereta je.
Segala janji dan sejumlah wang belanja, hantaran telah dipersetujui maka temeterailah satu pertunangan yang berjalan begitu santun dan teratur. Begitulah kehendak adat istadat orang2 melayu kita dari dulu hingga kini. Begitu meriah dan beradat sekali lagaknya, baik yang datang bertandang mahupun sebelah tuan rumah. Layanan yang diberikan oleh tuan rumah amat la mesra sekali. Tak lupa ucapan berbanyak terima kasih yang tak terhingganya dari sebelah kami.
Sebelum berangkat pulang sempat juga kami merakamkan beberapa gambar untuk kenang2an.
Memang betul kata pepatah melayu malang tidak berbau. Salah seorang keluarga kami telah pergi buat buat selama-lamanya meninggalkan dunia ini dan kami. Rasa bagaikan dalam mimpi kerana baru saja berseronok2 bersamanya semasa majlis pertunangan tersebut. Yang pakai baju warna pink dan sedang memerhatikan acara sarung cincin. (dalam gambar yang akhir)
Dia yang dimaksudkan ialah isteri kepada adik kakak ipar aku. Innalillah...
Beliau terkorban dalam satu kemalangan yang amat ngeri di daerah Bidor, mujurlah suami dan anaknya terselamat dalam nahas itu. Syukur alhamdulillah. Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang yang peramah, periang dan suka berjenaka. Hanya Al Fatihah dari kami untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. Suasana duka bercampur duka di aidil fitri kali ini bagi keluarga kami.
* Insaf, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. samada perpisahan hidup atau mati.