antara hantaran pertunangan Wan Asril anak buah ku

Acara pertunangan dijalankan oleh kedua belah pihak
ini la dia combi nya, orang Penang no
bakal ibu mertua sarungkan cincin dijari manisBertunang setahun setengah bukanlah satu jangkamasa yang pendek, tetapi bagi bakal pengantin iaitu Wan Asril dan tunang, tak langsung mematahkan semangat mereka berdua untuk hidup bersama nanti. Kerana dia faham bakal isterinya itu masih menuntut lagi.
Tiba masa yang telah ditetap dan dijanjikan acara pertunangan pun bermula kira2 jam 2 petang.
Tiba masa yang telah ditetap dan dijanjikan acara pertunangan pun bermula kira2 jam 2 petang.
Maklumlah pihak yang kami datang dari jauh nun di Kuala Lumpur semata-mata ingin merisik dan mengikat tali pertunangan dengan si gadis pilihan hatinya di Penang. Cuma aku je yang datang dari Kedah kerana kebetulan masih beraya di kampung ketika itu. Aku datang dengan wife, ibu mertua dan biras aku naik sebuah kereta je.
Segala janji dan sejumlah wang belanja, hantaran telah dipersetujui maka temeterailah satu pertunangan yang berjalan begitu santun dan teratur. Begitulah kehendak adat istadat orang2 melayu kita dari dulu hingga kini. Begitu meriah dan beradat sekali lagaknya, baik yang datang bertandang mahupun sebelah tuan rumah. Layanan yang diberikan oleh tuan rumah amat la mesra sekali. Tak lupa ucapan berbanyak terima kasih yang tak terhingganya dari sebelah kami.
Sebelum berangkat pulang sempat juga kami merakamkan beberapa gambar untuk kenang2an.
Memang betul kata pepatah melayu malang tidak berbau. Salah seorang keluarga kami telah pergi buat buat selama-lamanya meninggalkan dunia ini dan kami. Rasa bagaikan dalam mimpi kerana baru saja berseronok2 bersamanya semasa majlis pertunangan tersebut. Yang pakai baju warna pink dan sedang memerhatikan acara sarung cincin. (dalam gambar yang akhir)
Dia yang dimaksudkan ialah isteri kepada adik kakak ipar aku. Innalillah...
Beliau terkorban dalam satu kemalangan yang amat ngeri di daerah Bidor, mujurlah suami dan anaknya terselamat dalam nahas itu. Syukur alhamdulillah. Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang yang peramah, periang dan suka berjenaka. Hanya Al Fatihah dari kami untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. Suasana duka bercampur duka di aidil fitri kali ini bagi keluarga kami.
* Insaf, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. samada perpisahan hidup atau mati.







0 comments:
Catat Ulasan