
Assalamualaikum..
Sebenarnya asal nama Putra Perak tu aku berikan hasil dari gabungan antara Putrajaya dan negeri kelahiran aku iaitu negeri Perak Darul Ridhwan. Walaupun kini aku telah berhijrah ke WP Putrajaya. Aku kenalah bangga dengan nama Perak itu kerana di negeri bertuah itulah aku dilahirkan. Aku juga bangga kerana dapat menetap di Pusat Pentadbiran Kerajaan WP Putrajaya yang begitu gah nama di serata dunia. Syukur Alhamdulillah..
Tujuan laman blog putraperak ni diwujudkan ialah bagi memudahkan lagi urusan kekeluaragaan kami yang semakin hari semakin sebuk degan urusan masing-masing. Disamping itu boleh juga aku promot bisnes dan berdakwah sikit2. Bukan apa saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Ramai kalangan adik beradik dan saudara mara ku juga telah berhijrah ke Lembah Klang. Salah satu cara berhubung dengan pantas bagi info yang perlu. Di rantauan ini kami juga sering mengadakan perjumpaan keluarga melalui kenduri kendara.
Hasil perbincangan antara keluarga inilah tercetus lah satu pakatan 'Keluarga Dirantauan' (Perak) iaitu keluarga dari keturunan datuk ku Abdul Mutalib dan opahku di Rungkup, Bagan Datuh Perak.(salasilah keluarga belum siap)
Tujuan ianya diwujudkan ialah untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim antara keluarga kami dirantauan. Agar ianya terus bersatu padu antara satu sama lain.
* Semoga niat suci ini diberkati Ilahi..






0 comments:
Catat Ulasan