19 Sep 2008

PESANAN UNTUK ANAK2 AYAH












Ikhlas dari ayah...

Assalamualikum...
Pertama2 jangan lupa Allah. Sentiasalah ingatkan Allah walau dimana jua kita berada. Kerana Allah akan sentiasa menyayangi, membantu dan melindungi kita jika kita sentiasa memohon kepadaNya.
Perbanyakanlah berdoa kepadaNya agar hidup ini sentiasa diberkati.

Jangan lupa solat bila masuk waktunya. Kerana org yg solat itu akan terpelihara hidupnya didunia dan akhirat.









Kak Yong Ira

Menutut ilmu jangan jemu2, kerana ilmu itulah harta akan menjayakan kehidupan masa depan mu. Sesunggahnya akan beruntunglah kepada orang2 yang berilmu kerana orang yang beribadah tanpa ilmu akan menemui kerugian.

Sentiasalah displinkan diri dan jangan mudah lupa diri. Allah akan sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.


Kak Ngah Haifa

Bersifat baik dan sentiasa bersopan santun dikalangan kawan2, saudara mara dan org2 yang lebih tua.


Jangan membuang masa kerana masa yg terlepas tidak akan berulang semula. Oleh itu sentiasa lah isi masa dengan perkara yg berfaedah. Ingat segala amalan kita setiap detik akan dicatit oleh malaikat.











Kimi

Jangan bermusuhan sesama saudara sendiri, malah berbaik2 lah antara satu sama lain itu lebih baik. Kerana berpecah belah itu amatlah merugikan dan tiada faedah langsung.

Jangan suka membazir kerana itu juga merugikan. Sentiasalah berjimat cermat kerana itu adalah ditutut oleh ugama.

Selalulah bersedekah dan bantulah kepada orang yang memerlukan dengan seikhlas yang mungkin. Kerana sedekah yang ikhlas itu tidak putus pahalanya sehingga keakhirat nanti.

Semoga anak2 ayah beroleh kejayaan dan kecemerlangan serta menjadi anak yang soleh. insyaAllah amin....


*Jadi , renung2kan lah selalu dan jangan lupa pesan ayah tu. Ayah sayang anak2 ayah semua.

Selamat beramal

wasalam dari ayah...

0 comments: