26 Sep 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN







Assalammualaikum...


Selamat Hari Raya Idul Fitri saya ucapkan kepada semua keluarga di rantauan dan di desa yang mengenali saya. Tak lupa juga kepada sahabat handai terutama rakan2 seperjungan di Bhg. UA tu. Maaf zahir batin jika ada tersalah dan silap. Halal kan makan minum.

Hati2 ketika pulang beraya ke kampung halaman. Semoga bersua semula semuanya dalam keadaan selamat semuanya. Kepada yang kurang sihat tu, jaga sikit makan minum ketika raya. Jangan main bedal je nanti sendiri gak yang susah. Ubat kena makan, ingat kesihatan itu amat berharga daripada wang ringgit. Balik nanti jangan lupa bawa buah tangan ye..










Majlis yang meriah

aku dapat hadiah lak

meriahnya suasana beraya di opis

* salam ukwah dari mizie sekeluarga

19 Sep 2008

PESANAN UNTUK ANAK2 AYAH












Ikhlas dari ayah...

Assalamualikum...
Pertama2 jangan lupa Allah. Sentiasalah ingatkan Allah walau dimana jua kita berada. Kerana Allah akan sentiasa menyayangi, membantu dan melindungi kita jika kita sentiasa memohon kepadaNya.
Perbanyakanlah berdoa kepadaNya agar hidup ini sentiasa diberkati.

Jangan lupa solat bila masuk waktunya. Kerana org yg solat itu akan terpelihara hidupnya didunia dan akhirat.









Kak Yong Ira

Menutut ilmu jangan jemu2, kerana ilmu itulah harta akan menjayakan kehidupan masa depan mu. Sesunggahnya akan beruntunglah kepada orang2 yang berilmu kerana orang yang beribadah tanpa ilmu akan menemui kerugian.

Sentiasalah displinkan diri dan jangan mudah lupa diri. Allah akan sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.


Kak Ngah Haifa

Bersifat baik dan sentiasa bersopan santun dikalangan kawan2, saudara mara dan org2 yang lebih tua.


Jangan membuang masa kerana masa yg terlepas tidak akan berulang semula. Oleh itu sentiasa lah isi masa dengan perkara yg berfaedah. Ingat segala amalan kita setiap detik akan dicatit oleh malaikat.











Kimi

Jangan bermusuhan sesama saudara sendiri, malah berbaik2 lah antara satu sama lain itu lebih baik. Kerana berpecah belah itu amatlah merugikan dan tiada faedah langsung.

Jangan suka membazir kerana itu juga merugikan. Sentiasalah berjimat cermat kerana itu adalah ditutut oleh ugama.

Selalulah bersedekah dan bantulah kepada orang yang memerlukan dengan seikhlas yang mungkin. Kerana sedekah yang ikhlas itu tidak putus pahalanya sehingga keakhirat nanti.

Semoga anak2 ayah beroleh kejayaan dan kecemerlangan serta menjadi anak yang soleh. insyaAllah amin....


*Jadi , renung2kan lah selalu dan jangan lupa pesan ayah tu. Ayah sayang anak2 ayah semua.

Selamat beramal

wasalam dari ayah...

15 Sep 2008

MENCARI TEMAN




Assalamualaikum...


Saya ingin mencari teman-teman lama semasa di Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak sekitar SPM tahun 1979. Kalau boleh kita ada kan satu perjumpaan di KL pada hari Raya Haji ni.


1. Fauzi bin Ramli (Dari Jeram Mengkuang, Bidor, dan pernah tinggal berjiran )
(Kabarnya bertugas di TNB Teluk Intan)

2. Nor Azhari bin Kamaruddin (Dari Lapangan Terbang, Bidor)
(Dulu ketua kelas kita orang, kini bertugas di salah sebuah Sekolah di Tapah)

3. Abu Talib (Dari Kg Poh, Bidor)
(Bertugas di salah sebuah bank)

4. Abdullah bin Thani (Dari Bidor)
(Peg Bomba Putrajaya)

5. Aziz bin ........(lupa) (Dari Kg Baru, Bidor - anak pegawai polis Bidor masa tu)
(Kabarnya bertugas sebagai tentera di Kem Bidor)

6. Nazri b Hussein (Dari Kg Baru, Bidor)
(Bertugas di Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Tanjung Malim)

7. Lilada bt Maenoh (Kg Poh, Bidor)
(Bertugas di Sarawak)

8. Noreha bt Ramli (Taman Perumahan Belakang Klinik Bidor)

9. Aby n Alawiyah (Taman Perumahan Bekalang Klinik Bidor)

10. Jumidah bt Abd Karim (Kg Baru Bidor)

11. Roziah

12. Norsheda (Lapangan terbang)

Kepada sesiapa yg terbaca dan mengetahui mereka, sila hubungi saya melalui email .mizie_mi@yahoo.com



Terima kasih

Tuan Seri Mohamad Termizi b Limun

13 Sep 2008

PUTRA PERAK



Assalamualaikum..







Sebenarnya asal nama Putra Perak tu aku berikan hasil dari gabungan antara Putrajaya dan negeri kelahiran aku iaitu negeri Perak Darul Ridhwan. Walaupun kini aku telah berhijrah ke WP Putrajaya. Aku kenalah bangga dengan nama Perak itu kerana di negeri bertuah itulah aku dilahirkan. Aku juga bangga kerana dapat menetap di Pusat Pentadbiran Kerajaan WP Putrajaya yang begitu gah nama di serata dunia. Syukur Alhamdulillah..

Tujuan laman blog putraperak ni diwujudkan ialah bagi memudahkan lagi urusan kekeluaragaan kami yang semakin hari semakin sebuk degan urusan masing-masing. Disamping itu boleh juga aku promot bisnes dan berdakwah sikit2. Bukan apa saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Ramai kalangan adik beradik dan saudara mara ku juga telah berhijrah ke Lembah Klang. Salah satu cara berhubung dengan pantas bagi info yang perlu. Di rantauan ini kami juga sering mengadakan perjumpaan keluarga melalui kenduri kendara.

Hasil perbincangan antara keluarga inilah tercetus lah satu pakatan 'Keluarga Dirantauan' (Perak) iaitu keluarga dari keturunan datuk ku Abdul Mutalib dan opahku di Rungkup, Bagan Datuh Perak.

(salasilah keluarga belum siap)


Tujuan ianya diwujudkan ialah untuk mengeratkan lagi tali siratulrahim antara keluarga kami dirantauan. Agar ianya terus bersatu padu antara satu sama lain.

* Semoga niat suci ini diberkati Ilahi..