21 Feb 2011

KAYA HATI

Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia

sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang

berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya

hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh

mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai

di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan

kaya harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh

muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya

selama-lamanya.

Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan

atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak

menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji

atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak

merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya.

Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah

matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya.

Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup

dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja.

Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan

Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini

bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang

perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat

dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan

dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang

dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya. Harta dan

dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak

dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan.

Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal

dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan

mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat

melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.

Orang yang kaya hati tidak merasa `inferiority complex' atau

hina diri dengan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang

berkuasa dan sebagainya. Dia memandang semua manusia semuanya setaraf

sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan

bukan dengan ukuran dunia.

Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh

menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan

kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanjakannya. Fakir

miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan

orang yang berhutang diselesaikan hutangnya. Dia menjadi `bank'

kepada masyarakat.

Benarlah bahawa kaya dan miskin itu hanya istilah semata-mata yang

berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan

bahawa kaya itu bermaksud mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu

tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu bermaksud

tidak mahu dan tidak memerlukan sesuatu apa pun walaupun tidak mempunyai

apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu walaupun

setengah dunia telah menjadi hak miliknya. Allah itu disebut Maha Kaya.

Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha

Kaya dari memerlukan sesuatu.

Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak

terpikat dan tidak mahukan lagi kekayaan dunia ini, maka kayalah dia

walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu

memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang

setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan

memerlukan.

12 Feb 2011

KILAUAN EMAS

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Akaun Emas? Ramai yang begitu ghairah melabur dengan emas sejak kebelakangan ini. Bagi yang tak mempunyai modal yang besar dan malas nak ambil risiko simpan emas kerana takut hilang mahu pun dicuri orang, maka mereka kini punyai pilihan untuk buka Akaun Simpanan Pelaburan Emas. Emas kini menjadi pelaburan yang terbaik sejak beberapa dekad kebelakangan ini, pulangan keuntungannya terus meningkat melebihi 18% setahun. Namun begitu harganya tetap ada turun dan naiknya. Contonya harganya naik pada bulan Disember 2010 dan mulai turun pada Januari 2011. Harganya terus jatuh menjelang sambutan Tahun Baru Cina 2011 dan dijangka akan naik semula selepas itu. Begitulah keadaannya dengan harga pasaran Akaun Emas ada turun dan naik sepanjang masa. Jadi, sebelum mula melabur dalam Akaun Emas ini maka perlulah anda memilihnya dengan berhati-hati. Ini kerana dalam masa yang sama jika anda tiada ILMU tentangnya, Akaun Emas penuh dengan perangkap! Jika anda TERSILAP membuat keputusan dalam memilih dan membeli emas melalui Akaun Pelaburan Emas ini, kemungkinan BESAR anda akan kehilangan wang anda. Anda melabur untuk buat wang tetapi HILANG lebih banyak wang, gara-gara tiada ILMU yang BETUL untuk melabur dalam akaun emas! Jadi sebelum memulakan atau telah memilikinya, dapatkan ILMU pelaburan Akaun Emas terlebih dahulu, agar wang yang anda laburkan tak hilang begitu sahaja! Dapatkan penerangan lanjut tentang Akaun Pelaburan Emas melalui link berikut : http://www.Emas.KewanganPeribadi.com/index.php?ref=lurimbiz

5 Feb 2011

TABIAT PEMAKANAN


Cara kehidupan yang sibuk telah mempengaruhi tabiat pemakanan harian kita. Kita sepatutnya mengambil makanan yang kaya dengan enzim seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar tetapi kita telah mengambil makanan yang dimasak atau diproses secara tidak sihat seperti makanan segera dan makanan dalam tin. Makanan yang diproses ini tidak mempunyai enzim!
Enzim sangat penting kerana ia mampu bertindak sebagai kunci bagi menjana fungsi metabolisme dalam badan kita. Badan kita membekalkan enzim yang terhad, ianya akan berkurangan sekiranya kita mengambil makanan yang tidak mengandungi enzim. Semakin meningkat usia, enzim penghadaman dan enzim metabolisme dalam badan kita turut terjejas. Oleh itu, adalah penting untuk kita mendapatkan makanan yang mengandungi enzim penghadaman dalam diet seharian. Proses penghadaman yang tidak sempurna akan menyebabkan masalah usus dan toksik yang beracun dalam badan kita. Ini mengakibatkan hati kita terpaksa bertindak lebih kuat untuk menyahtoksikkan makanan tersebut yang diambil seharian.
Enzy8 adalah sangat penting bagi kesihatan badan kita kerana ia membekalkan enzim penghadaman dan juga prebiotik dan probiotik. Ianya bertindak sama untuk meningkatkan proses sistem penghadaman dan memastikan perut dan usus besar berkeadaan baik, bersih dan sihat.

MAKANAN TAMBAHAN





Susu Kambing HiGOAT

KEBAIKAN SUSU KAMBING

* Susu Kambing Mudah Dihadam.
* Susu Kambing Sangat Baik Untuk Kanak-Kanak Yang Cirit Birit Dan Alahan Kepada Susu Lembu Dan Susu Tepung.
* Susu Kambing Menstabilkan Kandungan Asid Dalam Badan.
* Susu Kambing Mempunyai Asid Lemak Yang Baik.
* Susu Kambing Tidak Berlendir.
* Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium.
* Susu Kambing Kaya Dengan Bahan Bioorganik Sodium.
* Susu Kambing Mencegah Pembiakan Organisma Merbahaya Dalam Badan.
* Susu Kambing Membentuk Tekanan Darah Yang Normal Dan Fungsi Hati Yang Normal.
* Susu Kambing Boleh Merawat Penyakit Lelah, Eczima, Colic, Insomnia Dan Demam Kuning.
* Susu Kambing Boleh Mencegah Penyakit Diabetes.
* Susu Kambing Dapat Mencerahkan Dan Mencantikkan Kulit.

HiGOAT Instant Goat's Milk Powder (21gm x 15Sachet)

Minuman susu kambing yang enak tanpa bau kambing. Penuh

dengan khasiat, protein enzim dan mineral yang penting untuk

kesihatan tubuh.

HSF606 WM : RM36.60 EM : RM41.60