30 Mei 2009

TERBANG KE KOTA KINABALU
















Tanggal 18 hb Mei 09 aku dan rombongan seramai 9 orang termasuk penceramah bagi Kursus Tahsin bagi Zon Malaysia Timur bertolak dr KLIA ke KK. Kami menaiki Airbus, amat selesa terasa dan layanan anak2 kapal begitu mesra sekali. Sempat aku meminta cederahati utk kenangan dr mereka. Tak malu lak aku ni. Bila lagi nak ambil kesempatan.





Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KK kami di sambut oleh kakitangan Agama Sabah dgn mesra sekali. Kami di bawa dgn 3 buah kenderaan menuju ke Hotel Palace tempat kami menginap dan tempat kursus diadakan. Hotelnya terlalu canggih dan moden. Hinggakan dalam lif pun ada tayangan LCD . Mcm perak lak hehehe. Apatah lagi didalam biliknya yg serba canggih.





Kursus bermula disebelah malam. Terasa janggal sikit waktu disana cepat setengah jam. Segala-galanya kena pantas.


Semasa kursus dijalan dengan begitu baik sekali, aku mencelah pergi membeli belah dgn rakan2 ke Pasar Filipin. Tempat itu begitu popular bagi pengemar2 mutiara asli. Beranika bentuk dan saiz ade dgn harga yg berpatutan. Rambang gak mata aku dibutnya, hampir tiga ratus gak abis. Itupun dh tawar menawar habis habisan. Dapat la kurang sikit. Tapi hati puas kerana aku dapat beli cenderahati buat orang2 yg tersayang. Tak lupa gak ada yang kirim butang baju melayu kristal dan mutiara utk raya x lama lg.. Udang kering dan ikan bilis pun ada gak. Habis seratus henggit gak.





Ptg tu, adik ipar aku dari Navy KK dtg ke hotel. Aku gi lak belanje anak2 buah aku mkan2. Cian lak kat budak2 ikut aku kehulu hilir shooping dlm ujan lak tu. Aku puas hati jaln kt sana. KK nampak semakin maju.





Tanggal 21 hb kami berlepas balik ke Putrajaya dgn selamatnya. Kenangan manis dalam pesawat bersama penceramah2 tu x leh ku lupakan kerana ada yang tak berani rupanya. hehe


Ape2 pun alhamdulillah kami telahpn selamat sampai kedestinasi masing2.

0 comments: