31 Mei 2009

SEBENARNYA










OH BulAN……


EnGgaN MeLaYaN DIRIku LaGi….
PaBIlA AirMaTa MemBasaHi Pipi…….
DaN laGU LaGu Di RadiO sEoLah-OlaH MeMErli Aku…
pABilA Kau BerSaMa YaNg LaiN…..
AdAkaH PerAsAAn BeNci Ini SeBeNarNya CinTa…….
YaNg MasIH BerSEmAdi UNtukmu………….
DaN sEbENarNya KU mENgharApkAN DiseBalik SenyUMaNmu Itu….
KaU juGa MeNyiNtAi Aku….
Ku EnGgaN BerPurA-PurA Ku BaHaGia….
Ku EnGgAN MeLihAt EnGkAu BersaMa Si Dia…
Oh Kuakui CeMbuRu….
MuLa MenUlAr DalaM diRi…
PaBila Kau BerSama YanG Lain…..
AdAkaH PerAsAAn BeNci Ini SeBeNarNya CinTa…….
YaNg MasIH BerSEmAdi UNtukmu………….
DaN sEbENarNya KU mENgharApkAN DiseBalik SenyUMaNmu Itu….
Kau JuGa MerinDui Ku….
PaBila KaU mereNunG MatanYa Ku RebaH JatUh ke BUmi…..
Di Saat KUa BeNar-BeNar Mahu PerGi…..
SePerti Ku BernaFas Dalam Air……
AdAkaH PerAsAAn BeNci Ini SeBeNarNya CinTa…….
YaNg MasIH BerSEmAdi UNtukmu………….
DaN sEbENarNya KU mENgharApkAN DiseBalik SenyUMaNmu Itu….
Kau JuGa MerinDui Ku….
Oh….
DAn SeBeNarNya…..
DAn SeBeNarNya…..
DAn SeBeNarNya…..






aKu RiNdu….
DAn SeBeNarNya…..
DAn SeBeNarNya…..
aKu TaK MamPu TaNpaMu……………….

JOM PI MKN KENDURI


Salam org kawin....Jemputan kenduri sana sini dimusim cuti sekolah ni. Ramai gak rakan2 dan saudara ku yang akan melangsungkan perkawainan mereka kini. Aku lak yang seronok tengok rakan2 naik jinjang pelamin. Selamat pengantin baru kepada yang mengenali diri ini. Semuga kekal bahagia hingga bila2.

Semalan je aku cuma dapat menghadiri 2 daripada 4 jemputan. Hanya dalam sekitar Putrajaya aku hadir. Yang jauh tu maaf x sempat le pulak. Berat badan aku pun dah mula terasa bertambah la.

Aku terpegun tengok anak2 muda buat persembahan kompang. Teringat masa muda2 dulu aku pun ahli kompang Ezhar macam tu. best sangat teringat waktu tu...

Yang aku terkejut sekali diumah kenduri semalam tu ada karaoke. Yang aku nak tergelaknya ada sorang hamba Allah tu, penyokong kuat parti yg ala2 alim tu. Tetiba je buat kejutan menyanyikan 2 buah lagu.

* Aku dan rakan2 terkejut beruk seketika....ingatkn org alim x gitu lagaknya..

HAIRAN!!!


Ingat kan kerja kat tempat sekarang ni ok la. Rupa2 nya ada gak yg buat hal.

Sejak akhir2 ni ramai lak staf yg hilang barang2. Ada hilang hp, duit, jaket, gambar dn macam2 lg. Siapa la yg panjang tangan tu. Mungkin hantu kepala hitam kot. Aku pun kehilangan gak.
Ribu2 gak siut..

Mungkin aku kena muhasabah diri kot. Kalau belum bayar zakat tuh, hmmm segeralah ke PPZ.

Kepada yang mencuri tuu nak lari kemana, kami baca surah yassin nanti baru tau. Tak de kat dunia kat akhirat nanti mana nak lari.

* Aku pasrah, rezki dari Allah. masih mantop beb....

30 Mei 2009

TERBANG KE KOTA KINABALU
















Tanggal 18 hb Mei 09 aku dan rombongan seramai 9 orang termasuk penceramah bagi Kursus Tahsin bagi Zon Malaysia Timur bertolak dr KLIA ke KK. Kami menaiki Airbus, amat selesa terasa dan layanan anak2 kapal begitu mesra sekali. Sempat aku meminta cederahati utk kenangan dr mereka. Tak malu lak aku ni. Bila lagi nak ambil kesempatan.





Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KK kami di sambut oleh kakitangan Agama Sabah dgn mesra sekali. Kami di bawa dgn 3 buah kenderaan menuju ke Hotel Palace tempat kami menginap dan tempat kursus diadakan. Hotelnya terlalu canggih dan moden. Hinggakan dalam lif pun ada tayangan LCD . Mcm perak lak hehehe. Apatah lagi didalam biliknya yg serba canggih.





Kursus bermula disebelah malam. Terasa janggal sikit waktu disana cepat setengah jam. Segala-galanya kena pantas.


Semasa kursus dijalan dengan begitu baik sekali, aku mencelah pergi membeli belah dgn rakan2 ke Pasar Filipin. Tempat itu begitu popular bagi pengemar2 mutiara asli. Beranika bentuk dan saiz ade dgn harga yg berpatutan. Rambang gak mata aku dibutnya, hampir tiga ratus gak abis. Itupun dh tawar menawar habis habisan. Dapat la kurang sikit. Tapi hati puas kerana aku dapat beli cenderahati buat orang2 yg tersayang. Tak lupa gak ada yang kirim butang baju melayu kristal dan mutiara utk raya x lama lg.. Udang kering dan ikan bilis pun ada gak. Habis seratus henggit gak.





Ptg tu, adik ipar aku dari Navy KK dtg ke hotel. Aku gi lak belanje anak2 buah aku mkan2. Cian lak kat budak2 ikut aku kehulu hilir shooping dlm ujan lak tu. Aku puas hati jaln kt sana. KK nampak semakin maju.





Tanggal 21 hb kami berlepas balik ke Putrajaya dgn selamatnya. Kenangan manis dalam pesawat bersama penceramah2 tu x leh ku lupakan kerana ada yang tak berani rupanya. hehe


Ape2 pun alhamdulillah kami telahpn selamat sampai kedestinasi masing2.

JOM BALIK KG

Cuti pertengahan tahun telah pun tiba dan aku sekeluarga kini makin bersemangat yang amat sngt untuk balik kampung, rumah mertua ku di Kedah yang tercinta. Cuti sekolah bermula pada hari ini 29 Mei 2009 dan berakhir pada 14 Jun 2009. Dua minggu sebenarnya bukan tempoh yang lama. Waktu ni memang ramai jemputan kenduri kawin. aku sendiri x kurang 10 jemputan.

Selamat pengantin baru kepada para mempelai. semuga berkekalan hendaknya.
Semuga semua selamat balik kg dan selamat pulung ke Putrajaya semula. Hati2 ketika memandu kete tu. Ikut had laju yang telah ditetapkan. Tambah pula member2 yang nak naik pelamin tu. Darah manis le katakan.

*Teringat lak sewaktu aku naik pelamin dulu.

26 Mei 2009

ANUGERAH BUAT KU


Syukran, tahun2 yang ku lalui dalam menjalankan kerja2 yang diamanahkan begitu seronok sekali. Tambah pula baru2 ini aku di anugerahkan pekerja cemerlang bagi jabatan ku bagi tahun 2008. Alhamdulillah aku dan dua lagi rakan bahagian ku telah dianugerahkan sijil AKC. semuga kami dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di tahun2 mendatang.




Setakat perkhidmatan ku dalam kerajaan ini aku telah menerima sebanyak 6 kali anugerah seperti ini. Tak lupa segala puji-pujian ini ku tujukan khas ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan syukur kepada Allah. Dialah yang maha mengetahui lagi maha pemurah.




Kepada rakan2 yang lain berusahalah dgn lebih gigih lagi dan jangan lupa nawaitu kene betul kerana kerja itu merupakan satu ibadah.
Jangan suka ponteng2 ye...

15 Mei 2009

BERSABARLAH DALAM BERNIAGA


Sekarang ini, ramai umat Islam dah mula pandai nak berniaga. Baik di pasar malam, pekan hari, pasar minggu, bukak kedai, gerai dan ramai juga nak berniaga MLM. Baguslah...memang itulah yang Nabi Muhammad S.A.W. selalu berseru agar kita berniaga, 9/10 berkat rezeki adalah daripada perniagaan. Ya semua tahu tu.Tapi bercakap soal berniaga ni, ana nak tahu juga la berapa ramai kita sebagai ahli perniagaan ni telah berjaya menanamkan sifat sabar? Sedangkan berniaga dan bersabar adalah 2 sahabat karib yang tidak boleh dipisahkan...umpama irama dan lagu, andai dipisah lagu dan irama...lemah tiada berjiwa....hampaaaa....tu dia lagu Allahyarham P.Ramlee. Umpama tu lah....Kalau berniaga hilang sifat sabar, itu yang mula nak salah sana salah sini, gelisah, resah, hilang pedoman, habis hilang niat nak berniaga jadi niat nak berlaga pulak...tak ke susah hidup?Di dalam Al Quran ada disebutkan: Maksudnya: "Tolong menolonglah di atas perkara kebaikan dan ketaqwaan." (Al Maidah: 2)Ni ana nak tolong semua para peniaga, agar sabar...orang beriman mesti sabar. Tambahan pulak ekonomi tak stabil sekarang ni, lagi la celaru fikiran...tapi sabar, ada iman ada sabar, takde iman, jadi orang kafir la...Syaitan pun pandai sabar dalam menghasut manusia, sedangkan dia sentiasa tidak putus asa agar manusia ikut dia...akhirnya dia berjaya, itupun kalau manusia tu takde 'iman'. Bahaya tak?Kalau rasa nak berniaga tapi takde jalan sabar, ucapkan selamat tinggallah kepada dunia perniagaan, pegi cari keje makan gaji, senang tak pening-pening fikir pelanggan ke, modal ke, stok barang ke...Tirulah Abdurrahman bin Auf, ahli perniagaan Islam yang terbilang...cuba baca kisah hidup dia. Kita akan tersentak dan tersedar betapa perniagaan ini penuh ranjau dan duri, tapi disebaliknya ada kepuasan dan nikmat tak terhingga...Allah berkati rezeki kita. Tapi berniaga yang halal la...periksa dulu kita nak berniaga apa, selidik halal ke haram ke atau syubhah...pastikan yang halal dan suci saja tau...Tu la serba sedikit nak bagitau, sebab ana tengok ramai tak sabar, terutama dalam HPA ni. Dah tau ini MLMS, Islamik punya, sabar le...kadang-kadang kad kuasa lambat sikit pun dah melenting, nak berniaga macam mana? Stok takde pun dah gelabah...ambil inisiatif la sikit...pegi kilang terus ambil barang ke atau pegi Perlis jumpa Tuan Pengarah, bincang macam mana bisnes...ambil la apa usaha sekalipun asalkan masing-masing dapat manfaat, jangan asyik melenting tak tentu pasal...HPA baru nak jadi 'Mega MLMS' in Malaysia, sabar.....