22 Dis 2008

MARI BERTARANNUM DI PPA JELEBU



Peserta terdiri dari pelajar IPTA


Penceramah Us Kamarul Hailan dari Perak

Pada tanggal 02 hingga 05 Disember 2008 yang lalu aku dan rakan2 ku ke Pusat Pemantapan Akhlak (PPA) Jelebu. Jabatan menganjurkan Kursus Tarannum Al-Quran untuk pelajat IPTA di kaki bukit yang indah itu. Seramai lebih kurang 20 orang pelajar dari pelbagai IPTA turut serta pada kursus julung kali ini. Perjalanan tak jauh mana, tapi jalannya amatlah berliku2 menyebabkan terasa lama sangat perjalanan itu.
Petang itu setelah sampai, aku dan member menguruskan kemasukan pelajar2 ke asrama masing2 dan sempat juga ke Pekan Kuala Kelawang untuk membeli keperluan yang tertinggal. Malam cuma ada taklimat peserta je. Tapi aku dan member kena jemput fasilitator yang tak tahu jalan kerana hari dah mula gelap dan hujan turun lebat. Aku temankan member meredah kegelapan malam menyusuri jalan yang berliku menjemput fasilitator yang terkandas. Menurut cerita penduduk di situ, jalan yang ku lalui itu bahawa amat bahaya jika memandu waktu malam kerana pernah berlaku beberapa rompakan disitu.


Alhamdulillah segalanya selamat. Kami sampai semula ke PPA jam 11 mlm. Esok bermula lah kursus Taannum Al-Quran. Ku lihat pelajar2 tekun belajar dgn 2 org fasilitator yg pakar dlm bidang itu. Us Radhi Khailan dn Ustazah Pasiah. Tempat itu amat sesuai bagi peserta kursus belajar tarannum kerana keindahan dan kedamaiannya. tiada pencemaran. Jauh dari hiruk pikuk kota. Para peserta tak keluar kemana2 pun cuma dapat menumpukan sepenuh kepada apa yg dipelajari. Penat belajar, petang peserta mengisi masa lapang dengan kegiatan riadah yg disediakah oleh PPA. memang seronok. selepas solat magrib sambung belajar sampai 11 mlm.

Seperti biasa ada peserta ada sesi ujian. Mereka dikehendaki memperdengarkan bacaan seperti yg telah diajarkan. Dimajlis penutup peserta di berikan sijil penyertaanyang disampaikan oleh Us Shahriman. Selepas sesi bergambar, kami pun segera turun pulang ke Putrajaya.

* Seminggu aku dan member ku demam dan sekarang masih belum pulih sepenoh nye.....terlalu letih kot!!!

0 comments: