23 Ogo 2013

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

 

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t 
2.Lupa Kepada Allah s.w.t 
3.Melalaikan Solat Fardhu 
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat 
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah 
6.Meninggalkan Solat Jumaat 
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi 
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf 
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman cerdik sungguh.
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman. 

16 Ogo 2013

ADAB MAKAN DAN ADAB TIDUR SERTA KELEBIHANNYA

Larangan dan Peraturan Selepas Makan
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

Larangan-larangan terhadap amalan perbuatan dan kebiasaan yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

Faktor-faktor yang menguatkan tenaga tubuh badan
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

Faktor yang boleh mendatangkan penyakit
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

Faktor yang boleh melemahkan badan
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

Supaya badan sentiasa sihat
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

Bagi menambahkan kecerdasan akal
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

Faktor-faktor yang membawa kepada menjadi pelupa/melemahkan daya ingatan dan kefahaman
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

Supaya air yang diminum mendatangkan kesihatan untuk badan seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.

Cara tidur yang sebaik-baiknya diamalkan oleh Rasullullah S.A.W
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.
Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

Waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

Bahaya tidur di siang hari
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

Cara Menghindarkan lesu selepas bangkit dari tidur
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

Perkara-perkara yang boleh melemahkan tenaga dan mempercepatkan tua
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

Faktor-faktor yang membawa kepada lemah daya penglihatan
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

Sebab-sebab utama ditimpa penyakit jantung
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.

1 Ogo 2013

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.


* Ya Allah Engkau berkati usaha kami dan kurniakan lah  kami mendapat rezki yang halal..amin