28 Dis 2013

RUMAHTANGGA BAHAGIA


"Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih dan sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih dan sayang), maka ALLAH SWT akan memandang keduanya dengan pandangan kasih dan sayang. Dan apabila seorang suami memegang jemari isterinya (dengan kasih dan sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari jemari keduanya." (HR. Abu Sa'id)

"Solat 2 rakaat yang diamalkan orang yang sudah berkeluarga lebih baik daripada 70 rakaat yang diamalkan oleh jejaka (atau perawan)." (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ruum 21)

"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. JIKA MEREKA MISKIN ALLAH AKAN MENGKAYAKAN MEREKA DENGAN KURNIA-NYA. Dan ALLAH Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui." (An Nuur 32)

"Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyaat 49)

"Janganlah kalian mendekati zina, kerana zina itu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Isra 32)

"Dialah yang menciptakan kalian dari satu orang, kemudian darinya Dia menciptakan isterinya, agar menjadi sepadan dan tenteram kepadanya." (Al-A'raf 189)

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (An-Nur 26)

"Berikanlah mahar (mas kawin) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan." ( An Nisaa : 4)

"Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan dari golonganku." (HR. Ibnu Majah, dari Aisyah r.anha)

"Empat macam diantara sunnah-sunnah para Rasul iaitu: berkasih sayang, memakai wangian, bersiwak dan menikah." (HR. Tirmidzi)

"Janganlah seorang laki-laki berdua-duan (khalwat) dengan seorang perempuan, kerana pihak ketiga adalah syaitan." (Al Hadits)

"Wahai para pemuda, siapa saja di antara kalian yang telah mampu untuk kahwin, maka hendaklah dia menikah. Kerana dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu boleh menjadi perisai baginya." (HR. Bukhari-Muslim)

"Janganlah seorang laki-laki dan wanita berkhalwat, sebab syaitan menemaninya. Janganlah salah seorang di antara kita berkhalwat, kecuali wanita itu disertai mahramnya." (HR. Imam Bukhari dan Iman Muslim dari Abdullah Ibnu Abbas ra).

"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhir, hendaklah tidak melakukan khalwat dengan seorang wanita yang tidak disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiga adalah syaitan." (Al Hadits)

"Dunia ini dijadikan ALLAH penuh dengan perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan hidup adalah isteri yang solehah." (HR. Muslim)

"Jika datang (melamar) kepadamu orang yang engkau senangi agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia (dengan puterimu). Jika kamu tidak menerima (lamaran)nya nescaya terjadi malapetaka di bumi dan kerosakan yang luas." (HR. At-Tirmidzi)

"Jadilah isteri yang terbaik. Sebaik-baik isteri adalah apabila dipandang suaminya menyenangkan, bila diperintah ia taat, bila suami tidak ada, dia jaga harta suaminya dan dia jaga kehormatan dirinya." (Al Hadits)

"Tiga golongan yang berhak ditolong oleh ALLAH SWT: 1. Orang yang berjihad/berperang di jalan ALLAH. 2. Budak yang menebus dirinya dari tuannya. 3. Pemuda/i yang menikah kerana mahu menjauhkan dirinya dari yang haram." (HR. Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)

"Wahai generasi muda! Bila diantaramu sudah mampu menikah hendaklah ia nikah, kerana mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara." (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud)

"Kahwinlah dengan wanita yang mencintaimu dan yang mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak." (HR. Abu Dawud)

"Saling menikahlah kamu, saling membuat keturunanlah kamu, dan perbanyaklah (keturunan). Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya jumlahmu di tengah umat yang lain." (HR. Abdurrazak dan Baihaqi)

"Seburuk-buruk kalian, adalah yang tidak menikah, dan sehina-hina mayat kalian, adalah yang tidak menikah." (HR. Bukhari)

"Diantara kamu semua yang paling buruk adalah yang hidup membujang, dan kematian kamu semua yang paling hina adalah kematian orang yang memilih hidup membujang." (HR. Abu Ya'la dan Thabrani)

"Barangsiapa yang menikahkan (puterinya) kerana silau akan kekayaan lelaki meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak akan pernah pernikahan itu diberkati-Nya. Siapa yang menikahi seorang wanita kerana kedudukannya, ALLAH akan menambahkan kehinaan kepadanya. Siapa yang menikahinya kerana kekayaan, Allah hanya akan memberinya kemiskinan. Siapa yang menikahi wanita kerana bagus nasabnya, ALLAH akan menambahkan kerendahan padanya. Namun siapa yang menikah hanya kerana ingin menjaga pandangan dan nafsunya atau kerana ingin mempererat kasih sayang, ALLAH akan senantiasa memberi barakah dan menambah keberkatan itu padanya." (HR. Thabrani)

"Dari Jabir r.a, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya; maka pilihlah yang beragama." (HR. Muslim dan Tirmidzi)

"Wanita yang paling agung barakahnya, adalah yang paling ringan maharnya." (HR. Ahmad, Al Hakim, Al Baihaqi dengan sanad yang shahih)

"Sesungguhnya berkat nikah yang besar ialah yang sederhana belanjanya (maharnya)." (HR. Ahmad)

"Adakanlah perayaan sekalipun hanya memotong seekor kambing." (HR. Bukhari dan Muslim)
 — di Senang Mart Tun Rahah.

23 Ogo 2013

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

 

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t 
2.Lupa Kepada Allah s.w.t 
3.Melalaikan Solat Fardhu 
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat 
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah 
6.Meninggalkan Solat Jumaat 
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi 
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf 
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman cerdik sungguh.
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman. 

16 Ogo 2013

ADAB MAKAN DAN ADAB TIDUR SERTA KELEBIHANNYA

Larangan dan Peraturan Selepas Makan
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

Larangan-larangan terhadap amalan perbuatan dan kebiasaan yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

Faktor-faktor yang menguatkan tenaga tubuh badan
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

Faktor yang boleh mendatangkan penyakit
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

Faktor yang boleh melemahkan badan
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

Supaya badan sentiasa sihat
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

Bagi menambahkan kecerdasan akal
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

Faktor-faktor yang membawa kepada menjadi pelupa/melemahkan daya ingatan dan kefahaman
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

Supaya air yang diminum mendatangkan kesihatan untuk badan seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.

Cara tidur yang sebaik-baiknya diamalkan oleh Rasullullah S.A.W
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.
Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

Waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

Bahaya tidur di siang hari
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

Cara Menghindarkan lesu selepas bangkit dari tidur
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

Perkara-perkara yang boleh melemahkan tenaga dan mempercepatkan tua
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

Faktor-faktor yang membawa kepada lemah daya penglihatan
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

Sebab-sebab utama ditimpa penyakit jantung
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.

1 Ogo 2013

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.


* Ya Allah Engkau berkati usaha kami dan kurniakan lah  kami mendapat rezki yang halal..amin


14 Jun 2013

MENIMBA ILMU SAMBIL BERSANTAI

 Salah satu cara nak hilangkan tekanan kerja

dengan bersantai


berenang2 petang


                                                                  Persediaan BBQ


                                                                  nyedol yok

9 Mac 2013

PANDUAN BERDOA

Panduan berdoa menurut dalil-dalil sohih & hasan serta fatwa ulama yang terbaik. Semua yag saya senaraikan di bawah mempunyai dalil-dalilnya. Tiada wujud petik jari untuk menambah perisa ibadah berdoa yang khusus ini. Ringkasannya adalah 

a) Meyakini akan dimaqbulkan
b) Faham apa yang dihajati sewaktu melafazkannya
c) Bersihkan diri selalu dari dosa
d) Mengangkat tangan serta rapatkan kedua belah telapak tangan sewaktu doa berdasarkan hadis dari Ibn Abbas. Sebahagin ulama berijtihad mengatakan tidak perlu angkat tangan ketika doa bagi situasi specifik pada sesuatu masa atau tempat contoh khatib berdoa atas mimbar.
e) Bacalah doa dari al-Quran dan Hadis serta lainnya.
f) Mulakan bacaan doa dengan pujian kepada Allah dan ditutupi juga dengan puji-pujian kepada Allah serta selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam.
g) Berwudhu semasa doa.
h) Menghadap kiblat sewaktu berdoa.
i) Doa dengan suara yang rendah dan tersembunyi tetapi bukan di dalam hati.
j) Tidak perlu berlagu berlebihan.
k) Banyak doa di waktu senang dan selesa agar lebih mudah diterima sewaktu sukar dan derita.
l) Tidak jemu dan berulang-ulangkan doa itu.
m) Jangan sesekali mengatakan doaku tidak dimaqbulkan walau telah lama berdoa.
n) Menggunakan katanama yang betul seperti aku untuk diri sendiri atau untuk orang ramai. Jangan baca untuk diri sendiri ketika berdoa untuk jamaah.
o) Tidak mengangkat pandangan dan kepala ke langit sewaktu berdoa.

Cukup sekadar itu, akan maqbul sama ada lewat atau cepat. Insha Allah. (Disediakan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman)

13 Feb 2013

SEHARI DI PULAU PERHENTIAN

nk turun bukit..

Best ustazah


nyaman!!!

ENGKAUKAH SAHABAT!!!


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

12 Feb 2013

MAAF JIKA AKU SALAH


Istighfar, memohon ampunan dari Allah Ta'ala :

Istighfar, memohon ampunan dari Allah Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat." (Surah an-Naml ayat 46)

Mungkin sepanjang umur kita hidup ini tidak mampu menjadi manusia yang tidak membuat dosa, tetapi sentiasalah berusaha
untuk menjadi manusia yang sentiasa bertaubat... insyaAllah...
astaghfirullahaladzim... astaghfirullahaladzim... astaghfirullahaladzim...

9 Feb 2013

Bersatu Kita Bersatu Dengan Setia Berganding Bahu Jiwa Teguh Berpadu Kita Rumpun Melayu Bersama Kita Bersama Mendukung Hasrat Semua Berjasa Pada Bangsa Agama Dan Negara...