26 Jan 2012

SAMBULAN MAULIDUL RASUL




Majlis Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M

SALAM MAULIDUR RASUL "...Suatu ketika Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang airmata baginda. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda lalu bertanya, apakah yg menyebabkn baginda menitiskan airmata? Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya. Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu?" Baginda Rasulullah s.a.w menjawab : "Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku." Lalu baginda Rasulullah s.a.w menyambung lagi: "Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang2 yg beriman denganku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka..." (1000 kali) اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Mufti Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Hassan Ahmad diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433H/2012.

"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH S.A.W



DALAM kehidupan, umat Islam diwajibkan mengikuti dan memiliki sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan pedoman setiap insan dan perlu dijadikan amalan dalam kehidupan setiap Muslim.

Sehingga sesiapa yang berpegang teguh dengan keindahan budi baginda maka akan bahagia dan sempurnalah kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Sejarah Islam telah membuktikan, apa yang menjadi tenaga pendorong atau obor semangat yang membangkitkan kegigihan umat Islam hingga lahirnya tokoh-tokoh agung dalam pelbagai bidang sebenarnya bersumberkan daripada al-Quran dan al-Sunah.

Iman, akhlak dan amal soleh merupakan tiga unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada struktur pendidikan Islam yang mampu melahirkan manusia agung yang layak dijadikan pedoman dan ikutan umat Islam.

Keluhuran dan kemuliaan akhlak Rasulullah terbukti melalui sifat baginda yang berani, pemurah, adil, memelihara diri daripada yang haram, sifat benar, amanah, sabar, lapang hati dan sabar, pemaaf, pengasih dan penyayang.

Baginda juga mengutamakan perdamaian, zuhud, pemalu, tawaduk, setia, mengutamakan musyawarah, kebaikan dalam pergaulan, rajin bekerja dan selalu gembira serta bergurau senda dengan keluarga.

Semua itu seharusnya dicontohi umat Islam masa kini dan akan datang.

Selawat dan salam buat Junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam...

*um

7 Jan 2012

AYAT PERMUDAHKAN REZKI



Satu amalan yang dinyatakan ulamak tentang pelaris rezeki bagi peniaga/usahawan dengan menggunakan ayat suci Al-Quraan. (Boleh diamalkan juga dalam apa jua urusan agar dipermudahkan)

Amalkan membaca ayat sebelas surah al-Jumu'ah seperti yang dinyatakan di bawah. Perlu di baca ayat quran tersebut sebelum keluar berniaga berulang kali sambil ditanamkan/dipasakkan ayat tersebut dalam minda & fikiran. Kemudian hendaklah membayangkan dalam fikirannya ramai pelangan datang berpusu-pusu ke kedainya atau ramai yang ternanti-nanti produk jualannya. Mindanya wajib yakin perniagaannya mendapat sambutan hangat.

Berkat ayat di atas & keyakinan yang tinggi kepda Allah, insyaAllah rezekinya akan bertambah luas, perniagaan akan meningkat maju. Amiin. (Sila rujuk tafsir utk makna ayat di atas).

* Perkongsian daripada seorang ustaz yang merupakan mudir & pengasas sebuah madrasah tahfiz persendirian.