27 Jun 2012

MUHASABAH


Muhasabah, 

Pada satu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk di masjid, Baginda bersabda: "Terdapat seorang lelaki penghuni syurga sedang memasuki masjid." (Riwayat Ahmad) 

Kemudian, seseorang yang tidak dikenali masuk ke masjid untuk beribadat dan begitulah untuk beberapa hari. Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Seorang penghuni syurga sedang memasuki masjid.” 
Berdasarkan sabda Rasulullah itu, sahabat amat ingin sekali menyiapkan diri untuk menjadi ahli syurga. Kemudian, Abdullah bin Umar datang berjumpa lelaki itu dan bertanyakan adakah lelaki itu bersedia untuk menerima dirinya sebagai tetamu untuk bermalam di rumahnya.

Itulah kelapangan dada yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Muhasabah atau perbetulkan hati kita sebelum tidur dan jangan biarkan hati puas sebelum kita penuh dengan cinta serta kasih sayang sesama saudara"

Menjadi tradisi orang Arab untuk bersedia menerima tetamu dan dalam tempoh tiga hari tetamu itu dilayan dengan baik, tidak boleh ditanya tujuan serta maksud kedatangannya. Setelah tiga hari barulah boleh ditanya dan tidak lagi dilayan sebagai berstatus tetamu.

Abdullah bin Umar telah bermalam serta menjadi tetamu di rumah lelaki itu dan didapati lelaki itu seorang yang biasa saja. Lelaki itu menjalankan kewajipan beribadah yang wajib dan sedikit yang sunat. Abdullah bin Umar hairan mengapakah Rasulullah mengatakan bahawa lelaki itu adalah bakal penghuni syurga?

Apabila Abdullah tidak mendapat jawapan, maka Abdullah pun bertanya sendiri lelaki itu: “Saudaraku, apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah menyatakan bahawa engkau adalah sebagai penghuni syurga? Lelaki itu menjawab: “Aku tidur dengan hati yang tidak mempunyai kebencian terhadap Muslimin.

Itulah kelapangan dada yang perlu dimiliki oleh setiap orang. Muhasabah atau perbetulkan hati kita sebelum tidur dan jangan biarkan hati puas sebelum kita penuh dengan cinta serta kasih sayang sesama saudara.
Berdasarkan kisah erti persaudaraan serta kasih sayang sesama saudara Muslim, hasil yang nyata ialah rahmat Allah dan keampunan.

2 Jun 2012

PETUA MINDA


Petua Perubatan Islam Untuk Menguatkan Akal

Menurut ahli-ahli perubatan Islam, ada 6 cara untuk menguatkan akal.

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.

2. Makan buah badam.

3. Makan daging kambing.

4. Halwa halia.

5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.

6. Makan buah limau.

LARANGAN: Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:

1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.

2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.

3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.

4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.

5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.



26 Mei 2012

SALAM PERJUANGAN

gerak gempur

4 Mac 2012

RINDU SEORANG UMAT


Berabad-abad sudah berlalu

namun namamu masih melekat di hatiku

tak pernah aku bertemu atau berjumpa denganmu

tak pernah aku melihat langsung dakwahmu

namun sinar cahaya itu mampu menebus jaman dan ruang

menembus perbedaan di antara seluruh umat manusia

cahaya itu tak pernah redup sampai akhir zaman

Rasulullah SAW , begitu agung namamu

bergetar hati ini , menangis , rindu bertemu dengan mu

rindu pada suri tauladan yang kau berikan

rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu

rindu pada kedamaian yang kau ciptakan

Rasulullah SAW , rindu pada kepemimpinanmu

Cinta dan kasih sayang mu tiada tara

Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu

Umatmu sekarang banyak yang sudah menjauhi suri tauladanmu

banyak yang sudah berubah dari koridor garis awal

pun saya merasa demikian

Rasulullah SAW , aku rindu padamu

kami rindu padamu

Rasulullah Nabi Muhammad SAW

Aku yakin sinar yang kau bawa tak kan pernah padam

Allahumma Solli Ala Muhammad

semoga shalawat itu akan tetap berdengung

hingga akhir masa nanti.

Wahai Rasul Penghulu Sekalian Nabi,

Maafkan aku, maafkanlah aku.

Di akhir qalamku ini.

Sekali lagi ingin aku lafazkan.“ Aku merindukanmu, ya Rasulullah..”

KOLEKSI YG BAIK



Assalaamumalaikum warahmatullaahi wabarkaatuhu...


Sahabat-sahabat hatiku yg tersayang ,

Ketahui oleh mu wahai pemilik-pemilik hati Allah swt ,

Sesungguhnya ,Manusia akan MATI bila2 masa. Tetapi TULISAN boleh KEKAL seLama-lamanya. Maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA di akhirat kelak, insyaAllah. 


Tabarakallah.. (๏บ—๏บ’๏บŽ๏บฎ๏ปš๏บ๏ทฒ)

24 Feb 2012

Live Quran Tutoring

7 Feb 2012

CARA KHUSYUKKAN SOLAT



Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan 17 cara-cara mengkhusyukkan solat, semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk. 



1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah. 
2. Menjaga makan minum terjamin halalnya. 
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin. 
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat. 
5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota. 
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci. 
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran. 
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup. 
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya. 
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita. 
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir. 
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan. 
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat. 
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat. 
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud. 
16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat. 
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan. 



  dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ 


 

26 Jan 2012

SAMBULAN MAULIDUL RASUL




Majlis Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M

SALAM MAULIDUR RASUL "...Suatu ketika Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang airmata baginda. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda lalu bertanya, apakah yg menyebabkn baginda menitiskan airmata? Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui ikhwannya. Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini (para sahabat) ikhwanmu?" Baginda Rasulullah s.a.w menjawab : "Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat2ku." Lalu baginda Rasulullah s.a.w menyambung lagi: "Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali ganda orang2 yg beriman denganku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka..." (1000 kali) ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ

Mufti Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Hassan Ahmad diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433H/2012.

"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

CONTOHI AKHLAK RASULULLAH S.A.W



DALAM kehidupan, umat Islam diwajibkan mengikuti dan memiliki sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan pedoman setiap insan dan perlu dijadikan amalan dalam kehidupan setiap Muslim.

Sehingga sesiapa yang berpegang teguh dengan keindahan budi baginda maka akan bahagia dan sempurnalah kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Sejarah Islam telah membuktikan, apa yang menjadi tenaga pendorong atau obor semangat yang membangkitkan kegigihan umat Islam hingga lahirnya tokoh-tokoh agung dalam pelbagai bidang sebenarnya bersumberkan daripada al-Quran dan al-Sunah.

Iman, akhlak dan amal soleh merupakan tiga unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada struktur pendidikan Islam yang mampu melahirkan manusia agung yang layak dijadikan pedoman dan ikutan umat Islam.

Keluhuran dan kemuliaan akhlak Rasulullah terbukti melalui sifat baginda yang berani, pemurah, adil, memelihara diri daripada yang haram, sifat benar, amanah, sabar, lapang hati dan sabar, pemaaf, pengasih dan penyayang.

Baginda juga mengutamakan perdamaian, zuhud, pemalu, tawaduk, setia, mengutamakan musyawarah, kebaikan dalam pergaulan, rajin bekerja dan selalu gembira serta bergurau senda dengan keluarga.

Semua itu seharusnya dicontohi umat Islam masa kini dan akan datang.

Selawat dan salam buat Junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam...

*um

7 Jan 2012

AYAT PERMUDAHKAN REZKI



Satu amalan yang dinyatakan ulamak tentang pelaris rezeki bagi peniaga/usahawan dengan menggunakan ayat suci Al-Quraan. (Boleh diamalkan juga dalam apa jua urusan agar dipermudahkan)

Amalkan membaca ayat sebelas surah al-Jumu'ah seperti yang dinyatakan di bawah. Perlu di baca ayat quran tersebut sebelum keluar berniaga berulang kali sambil ditanamkan/dipasakkan ayat tersebut dalam minda & fikiran. Kemudian hendaklah membayangkan dalam fikirannya ramai pelangan datang berpusu-pusu ke kedainya atau ramai yang ternanti-nanti produk jualannya. Mindanya wajib yakin perniagaannya mendapat sambutan hangat.

Berkat ayat di atas & keyakinan yang tinggi kepda Allah, insyaAllah rezekinya akan bertambah luas, perniagaan akan meningkat maju. Amiin. (Sila rujuk tafsir utk makna ayat di atas).

* Perkongsian daripada seorang ustaz yang merupakan mudir & pengasas sebuah madrasah tahfiz persendirian.