30 Dis 2010

PELABURAN EMAS 2011


Jongkong Emas 999.9 melabur dengan emas...

Bagi sesiapa yang berminat untuk buat simpanan dlm bentuk goldbar,atau syiling emas atau dinar.. emas bernilai dan tidak boleh dimanipulasikan..tidak seperti wang kertas..terbukti sejak 1400 tahun, tiada inflasi..
Utk jangkamasa panjang ANDA mmg untung sgt2... lebih 30% setahun..

* Percayalah, kita tidak akan rugi menambah simpanan emas kerana untuk jangkamasa panjang, harga emas akan terus meningkat dan secara automatik kita akan dikira mempunyai banyak wang berdasarkan nilai semasa emas yang disimpan/kumpul...bagaimana ingin memulakan nya...skill or caranye dah ade cume xthu @ xnmpak je.

5 Nov 2010

TAUBAT KEMUNCAK MUHASABAH...


Muhasabah atau timbal balik atau post mortem adalah suatu istilah popular malah suatu agenda rutin terutama dalam dunia kedoktoran dan dunia korporat. Muhasabah dalam sebuah syarikat perniagaan lazimnya adalah untuk menilai kembali pencapaian keuntungan syarikat di samping merujuk kepada komentar para pengguna kepada produk atau perkhidmatan mereka di samping turut menilai keberkesanan strategi pemasaran yang telah digunapakai. Taubat dalam syarikat perniagaan mungkin merujuk kepada kekesalan terhadap pelbagai strategi dan keputusan yang tidak menguntungkan yang kemudian disusuli dengan strategi dan keputusan yang dikatakan lebih efektif dan efisien.


Dalam konteks individu, ramai orang telah bermuhasabah dan bertaubat. Bagaimanapun, banyak yang bukan kerana Allah tapi mungkin kerana wang dan kedudukan atau kerana etika dan norma yang lebih didasarkan kepada rasa malu kepada manusia. Ramai juga orang menyesal tak sudah (seperti dengan mengatakan: ‘taubat aku tak nak buat lagi’) apabila melakukan kesilapan di depan khalayak ramai. Ramai orang lebih malukan khalayak manusia yang hidup daripada berasa malu di hadapan khalayak manusia yang sudah mati (di Padang Mahsyar).

Sebab itu kalimat taubat harus dilihat sebagai suatu kalimat khusus dalam Islam sebagaimana ad-din, jihad dan lainnya. Taubat daripada konteks bahasa bermaksud ‘kembali kepada Allah’ yang punya konotasi dosa dan pahala, syurga dan neraka, juga hari penghisaban dan hari pembalasan – hari yang secara mutlak dikuasai dan dimiliki oleh Allah semata. Sehubungan itu, Imam ar-Raghib al-Ashfahani menerangkan: "Dalam istilah syara', taubat adalah meninggalkan dosa karena keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan apa yang dapat diulangi (diganti). Jika keempat hal itu telah dipenuhi bererti syarat taubatnya telah sempurna."

Muhasabah dan taubat tidak dapat dipisahkan ibarat tiada taubat tanpa muhasabah. Muhasabah adalah perintis jalan kepada pintu taubat dan pintu rahmat. Muhasabah adalah amalan para salaf as-soleh sebagaimana kata-kata Umar al-Khattab r.a.: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan, timbangilah diri kamu sebelum kamu ditimbangkan”. Hati yang telah sudi bermuhasabah bermakna telah sudi dan sanggup melapangkan dada dan merendahkan diri untuk mengaku kesilapan dan kesalahan diri sendiri samada di hadapan manusia apatah lagi di hadapan Allah. Taubat pula adalah puncak dan kemuncak muhasabah, sekaligus merupakan simbol rasa hamba yang hina dina lagi pasrah kepada Allah – yang tentunya sukar dilakukan oleh manusia-manusia ego.

Ego pula tidak sekali-kali dapat disatukan dengan taubat, lantaran ego mengandungi syirik kepada Allah – merendahkan Allah daripada sifat-sifat dan nama-nama Allah yang indah lagi mulia. Mana mungkin manusia ego sanggup merendahkan dirinya, bermuhasabah diri lalu bertaubat kepada Allah. Sebaliknya, mana mungkin Allah mengampuni dosa ego dan syirik kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan (dosa) seseorang jika dia mensyirikkan-Nya, dan Dia mengampuni dosa selain daripada itu." (an-Nisa’: 48).

Justeru, Allah Maha Adil untuk mengasihi dan menyayangi orang-orang yang
bertaubat, yang memohon keampunan dan sering membersihkan diri. Juga Maha
Adillah Allah untuk mengganjari syurga buat golongan yang bertaubat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang rukuk, yang sujud, yang
menyuruh yang makruf dan melarang daripada yang mungkar, yang memelihara
batasan-batasan Allah. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman itu (dengan syurga).” (at-Taubah: 112)

1 Nov 2010


Emas mempunyai nilai intrinsik dan merupakan nilai yang terbaik

DINAR EMAS



Dinar emas mampu henti perang mata wang – Dr. Mahathir

Assalammualaikum kepada para pembaca….geng nak kongsi keratan akhbar terkini yang akan disiarkan di dada akhbar esok hari mari kita baca.

UTUSAN MALAYSIA


Dinar emas mampu henti perang mata wang – Dr. Mahathir

01/11/2010 2:36pm

KUALA LUMPUR Nov. 1 – Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. – Bernama

BERITA HARIAN

Guna dinar emas akan henti perang mata wang: Dr Mahathir

2010/11/01

KUALA LUMPUR: Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar Amerika Syarikat mewujudkan masalah bagi negara kerana mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” katanya.

Mengenai perbankan Islam, Dr Mahathir berkata institusi kewangan perlu berhati-hati semasa memperkenalkan produk baharu dan tidak mengadakan apa yang telah ditawarkan oleh bank konvensional.

Beliau berkata, institusi kewangan Islam seharusnya mematuhi prinsip perbankan Islam walaupun terdapat peluang untuk mereka mengambil alih tanggungjawab perbankan konvensional. – BERNAMA

bagaiman?sekali lagi istilah dinar telah dilaungkan oleh mantan perdena menteri kita yang kita tahu pemikirannya jauh ke hadapan….jadi kita tunggu apa…harga emas semakin naik…simpanlah emas…tak kira emas 999.9 ataupun 916….emas jongkong, bullion ataupun syiling…jika berminat miliki emas anda sekarang.

25 Okt 2010

2+1+3



Salam Sejahtera Kepada Pembaca Semua.

1.Tajuk 2+1=3 adalah satu cara atau teknik yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin membeli dan melabur dalam Emas.
2.Cara ini dicadangkan bagi mereka yang memulakan pelaburan Emas ni dengan cara berdikit-dikit atau kecil-kecilan.
3.Caranya ialah:-
a-Beli 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas
b-Kemudian Buat Gadaian/Pajakan 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas yang anda beli tadi
di Agro Bank atau Koperasi(KPMJ).
Contohnya - 20Gram x 2Ketul = RM5800 (Nilai Marhum).
RM5800 x 65% = RM3770 (Nilai Gadaian/Pajakan)
c-Kemudian,dengan menggunakan duit dari hasil gadaian/pajakan tadi iaitu RM3770
anda beli lagi 1 Ketul 20Gram Jongkong Emas Public Gold dengan harga RM2900.
Lebihan duit dari pembelian ini anda simpan dalam ASB dan Emas tu anda simpan
Selama mungkin...huhu.
4.Ok...last sekali anda gunakan pendapatan dari Gaji atau perniagaan anda untuk menebus 2 Ketul 20Gram anda yang mula-mula tadi,samaada secara ansuran atau sekaligus.

#Jika Step 1 hingga 4 telah anda realitikan maknanya anda telah ada 3 Ketul 20Gram Jongkong Emas.2 Ketul dari duit anda dan 1 Ketul untung Bersih....

#Apa yang perlu anda buat ialah hanya ulangi langkah di atas untuk mengumpul dan menjana Untung semaksimum mungkin.

Selamat Mencuba...Sekian.

PELABURAN EMAS


Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma SYILING EMAS dan JONGKONG EMAS boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.

BARANG KEMAS bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%)
Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.

TEKNIK-TEKNIK MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS
1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin. (beli emas tiap-tiap bulan dan dapat purata harga)
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA.(wang dari pajakkan beli emas GIA)
5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
6. Melabur sambil berniaga emas.


KATEGORI ORANG YANG MEMBELI EMAS


Salam, melihat harga emas yang menunjukkan peningkatan secara mendadak pada awal bulan 10 ini, berbagai ragam yang dapat saya lihat dari pelabur pelabur emas.kita lihat kategori orang di bawah:
1. orang yang tidak melabur dalam emas.
– tidak tahu menahu pun tentang kenaikan harga emas(Paling rugi)

2. Orang yang dah tahu tentang pelaburan emas.
– dah tahu tapi tidak membeli emas ( sangat rugi )

3. orang yang dah membeli emas secara berdikit.
– Kalau aku tahu harga emas naik banyak macam ni, aku beli banyak-banyak.( Rugi banyak )

4. Orang yang dah membeli emas
-kalau aku tahu dulu aku beli berpuluh ribu.( rugi sikit )

5. orang yang membeli emas + ejen emas
– sebab aku tahu la aku buat macam ini( berbaloi-baloi )

ANDA KATEGORI YANG NO BERAPA? FIKIR-FIKIRKAN LAH…………..

Kesimpulannya:
Orang tamak selalu untung………..anda bagaimana?

24 Okt 2010

FORMULA MEREALISASIKAN IMPIAN



FORMULA MEREALISASIKAN IMPIAN....


Leverage teknik+teknologi+skill+ilmu= Pendapatan.


Kalaupun diri kita dah senang..tapi lakukanlah PERUBAHAN utk generasi akan dtg...kita mungkin senang..tapi anak2 kita akan datang? (BIZ + INVESTMENT = duit mengalir masuk tak henti2..!!) mcm mana? SKILL OPM = TEKNIK OPS + OPT = MULTIPLY 200k ASB = dividen 30%. EMAS 999.9. PROPERTIES....


Dari KL smpi ke Bahau

Singgah sebentar di Kuala Pilah

Bisness terbaik x perlu risau

Siapa nak tanye PM aje lah


22 Okt 2010

BIJAK WANG $$$$




Kalau ada SEJUTA RINGGIT$$$$ MANA PUN...tapi KALAU NO SKILL LAMA2 HABISLAH DUIT TU....TAPI KALAU ADA SERIBU DUA HMMM $$$$ ADA SKILL LEH JADI SEJUTAKAN...HARI NI KITA BUATLAH DUIT TU BEKERJA UNTUK KITA...BARU OK...NI KITA BEKERJA UNTUK DUIT...MANA BOLEH CAM TU. PM INBOX

2 Okt 2010

OPEN HOUSE GTP7 $$$$$$

kereta kuda sifu

kehebatan team ini






Lokasi Dewan Club House Bkt Mahkota





Meriah di GTP7 open house ...hari2 hari raya.. masyukkk $$$$$.
bagi meraikan ahli2 dan keluarga GTP7
bertempat di Dewan Club House Bkt Mahkota
Kehadiaran Sifu Cirul R telah meriahkan lagi majlis tersebut
siap dpt 'goodie bag' lagi.. rugi saper yg x dtg dan x join nih...
agar dpt join segera dan jumpa kami di majlis serupa tahun hadapan

1 Okt 2010

MAJLIS RESTU ILMU




Majlis Restu Ilmu telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan KL pada 1 Oktober 2010 untuk para pelajar SMAWP

Majlis dimulakan dgn solat hajat, bacaan yassin dan doa serta tayangan video SMA. Acara simbolik suapan kismis dari ibubapa.

Kpd yang akan menduduki PMR dan SMA... Semoga semua berjaya dengan cemerlang dan mendapat 9A... Amin..

24 Sep 2010

MERIAHNYA BERAYA DI KOTA


pemimpin berjiwa rakyat bersama anak buahnya


Selamat Hari Raya....


Itulah yang boleh digambarkan sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aildilfitri Jabatan Perdana Menteri yang diadakan pada hari Selasa, 21 September 2010 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Majlis yang dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak; Perdana Menteri Malaysia itu sungguh meriah dengan kunjungan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri menjamah pelbagai juadah hari raya yang disediakan.

21 Sep 2010

INDAHNYA BERAYA DI DESA



abc 1 Pak Su

kenangan bersama moto antik Tok Da


Salam lebaran dari desa...

Sederhana tetapi meriah bersama sanak keluarga...
pendekatan sederhana dalam persediaan menyambut Syawal tetap diteruskan oleh keluarga kami di kampung Baling Kedah... yang penting hasilnya yang mendapat keberkatan Ilahi.. insyaalah

14 Sep 2010

UNSTOPPABLE - FINANCIAL FREEDOM

UNSTOPPABLE BUKA MINDA LAPANGKAN HATI TEACH UR MIND TO BE AGREE 1 - Apa itu UNSTOPPABLE 2 - Passive Income vs Active Income 3 - ASSET vs LIABILITIES 4 - Platform UNSTOPPABLE


3 Sep 2010


Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri
Maaf Zahir batin

Raikan lah raya yang mulia ini dengan beramal ibadah...
semoga dijauhkan dari perkara2 yang tidak ingini.
jangan lupa bagi duit raya kepada yang anak2 buah..

14 Ogo 2010

MESEJ DARI SIFU KHAIROL R


Mesej dari Sifu Khairol R,"Saya merupakan Pengasas UNSTOPPABLE dan hari ini memimpin lebih 40,000 ahli diseluruh dunia bagi mencapai matlamat dengan cara yang betul!UNSTOPPABLE ditubuhkan bagi membantu ramai yang gagal dalam kewangan seperti saya dahulu.Hari ni ramai yang ambil kesempatan menggunakan nama UNSTOPPABLE sebagai topeng bisnes mereka.UNSTOPPABLE bukan syarikat MLM dan sebagainya, tapi bertindak sebagai komuniti bebas yang menuju kearah "Kebebasan Kewangan Seumur Hidup!" Kami menggunakan platform yang HALAL dan SAH dari segi undang-undang negara mahupun dari sudut agama. Kami memilih platform-platform yang ada lesen SAH dan tidak berkaitan skim cepat kaya. UNSTOPPABLE tak pernah menyertai dengan mana-mana Syarikat melainkan UI2U semata-mata! - Khairol R "
Ramai yang join terus UNSTOPPABLE hari ni, pasal tak tahan dengan tekanan serta kesempitan, tapi takkan nak tunggu dah sempit baru nak bertindak! Bukti dah ada, semua dah ada, so siapa yang BUAT je yang akan berjaya. Yang tengok dan saja-saja nak tanya tak BUAT duit pun..so anda pilih nak tengok je ke atau nak buat?

10 Ogo 2010

SALAM RAMADHAN



“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga
kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. [Surah Al-Baqarah Ayat 183]

1 Ogo 2010

GPS 2










excellent GTP7..we 're the best!!!