28 Sep 2009

PUASA ENAM JOM

Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar. Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal. Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat. Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasaqada.Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapatsebahagian ulama.’Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti. Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

* mmm aku pun belum mula lagi. tunggu wife puasa sekali hehe

BERSEDEKAH LAH



Sedekah Hanya Dikira Dari Usaha Yang Baik


Hadith :


Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Huraian


Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah. Allah menyuruh kita agar menginfakkan harta dan memberi sedekah dengan harta yang halal dan melarang kita daripada menginfakkan harta yang haram sebagaimana ia menyuruh kita agar memastikan agar makan, minum, pakaian dan segala harta benda yang kita gunakan di dunia ini adalah datang daripada sumber yang halal. Sebenarnya bersedekah adalah antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan dalam Islam. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya sahaja, malah orang-orang yang kurang berada pun dianjurkan bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing.


* tangan kanan memberi sorok kan tangan kiri

CUTI PANJANG




Hari ni aku cuti lagi al maklum cuti tahun banyak lagi. Bila lagi nk bercuti panjangkan. Raya sakan la kata kan. Sebenarnya aku ambil kesempatan bercuti ni bukan apa cuma nak bereskan segala urusan dengan bank.



Tapi aku risau betul dengan penyewa rumah aku tu. Dah 2 bulan tak bayar sewa rumah. Jangan2 dia nak terus cabut lari tak. aku call dan sms buat tak tau je. payah la juga kalau macam gini. Geram pun ada rgisau pun ade.


* Aku berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.. amin

27 Sep 2009

KUIH RAYA


Selain lemang dan ketupat, kuih raya yang paling ku suka ialah kuih semprit.
Kalau nak rasa kuih semprit datang la beraya ke rumah. Walaupun banyak kuih muih raya lain tapi semprit gak jadi pujaan.

Sebenarnya bila makan kuih ni teringat kat kampung zaman saya kecil2 dulu.
Bila nak raya je sibuk tolong emak buat kuih termasuklah kuih semprit nih. Bukan mudah nak buat kuih ni masa tu.

Tapi sekarang nak makan cuma tunjuk je. Tak payah susah2 lagi semuanya dah siap tinggal rasa nya je takut2 kureng pulak.

25 Sep 2009

SALAM RAYA


Salam Raya dari saya sekeluarga. Baru je sampai dari kampung. Syukur alhamdulillah... semuanya selamat. Beraya di kg amat meriah sekali. malam raya disamping bertakbir anak2 sibuk dengan bunga api ala2 mercun riuh rendah suasana di malam raya.


Di pagi raya lak, masing-masing dengan pakaian serba barunya. Semuanya nampak indah dan berseri2 dengan semangat raya. Sebelum ke masjid kami bersama bersarapan pagi bersama maklumlah dah sebulan tak bersarapan pagi la katakan. Raya kali ni mak tak bakar lemang, cuma masak ketupat daun palas dengan rendang daging dan ayam je. Kemudian kami bersalam-salaman dan bermaaf2an, semoga terampun segala dosa. Lepas je solat Idul Fitri seperti biasa kami pergi menziarahi sanak saudara.

Raya ketiga kami buat la open house sikit panggil saudara mara dan jiran tetangga. mmm ok meriah la juga. Menu nasi lemak, laksa, rojak, mee kari, kentang goreng dan ABC.

cCuma sedikit pic kenang2an raya dari kg untuk tatapan semua.



Duit raya kena la simpan di bank


buat open house la sikit


meriah la juga


Pak lang bakar ayam


abc satu...

wife dan kak ipar ku
Tok Da beraya dgn moto antik nya


dgn anak buah


Lepas ni beraya sakan lak di sini. Kalau sudi jemput la datang ke rumah saya di Putrajaya.

* mmmm boringnye line hp x de lak di kg huhu. tapi raya tetap meriah.

14 Sep 2009

SALAM LEBARAN



Kepada Tan Sri Puan Sri, Dato' Datin, YB2, Yang Arif2, Ustaz ustazah, Tuan puan, Ibu Ayah, Abang kakak, Adik2, saudara mara, tetamu2 blog, penyewa2 serta semua yang mengenali diri ini tak kira yang jauh maupun yang dekat...



Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya maaf zahir batin dari saya dan keluarga. Dikesempatan ini saya ingin memohon beribu2 maaf zahir dan batin. Yang mana terkasar bahasa semasa berbicara, yang mana tersentuh dan tersinggung perasaan ketika membaca blog secara sengaja ataupun tidak. Aku hanyalah insan biasa yang tak sunyi dari terbuat dosa.



Halalkan makan dan minum, kalau ada terhutang2 tu jangan risau saya akan bayar. tapi rasanya tak ada kot kecuali hutang bank hehe...



Kepada member2 di opis tu yang sering bergurau senda tu. maaf le bebanyak2 ye, kerana kekadang saya terover gak. Biasa la gurau senda tu kan membawa ceria dan bahgia.



Jemputlah datang ke rumah di hari lebaran nanti. Kalau umur panjang lepas seminggu bercuti raya kita jumpa lagi. Duit raya menanti anak2 buah...Akhir kata jaga diri dan keselamatan ketika di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kepada anak2 buah lak, jangan membazirkan duit raya dengan mercun dan bunga api ye. Kumpul dan simpan kat bank lagi bagus.



* Jangan lupa balik raya bawa buah tangan untuk orang2 yang disayang. kerana Kasih sayang itu tak dapat dijual beli..wassalam

10 Sep 2009

CARILAH MALAM LAILATUL QADAR



Ramadhan dah masuk kepenghujungnya. sepuluh yang terakhir memeng dinantikan oleh semua. Malam lailatul qadar semoga ditemui.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi arti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar.
Oleh itu sama2 lah kita memohon kepada Allah agar kita tergolong dalam antara orang yang hidayah Nya. Amin.
*mmm jangan pula bila di malam lalilatul qadar nanti orang sibuk beramal kita sibuk tido dah..aku sempat berdoa diawal pagi sambil air mata mengalir tanpa disedari. semoga terampun segala dosa2 ku selama ini, amin amin ya rabbal alamin.

6 Sep 2009

KELEBIHAN BERSAHUR

Hadith :

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian

Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.

* Terkenang kembali sewaktu remaja dirantauan dulu2 bersahur dengan mee segera je huhu...

BULAN KEAMPUNAN

MASJID BESI PUTRAJAYA

"Duhai Kasih yang ku Puji dan Puja
D malamnya yg mulia
Sisimu aku mendamba
Tempatku bermanja
Hanya namamu yg ku seru

Duhai kasih yg ku puji dan cinta
Diharinya yg mulia
Ubatila hati luka
Jiwa yg sengsara

Hanya padamu ku menyeru
Berderang malam yg tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan

Tandakan ramadhan
Bulan keampunan
Aidilfitri mengakhiri aku mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi

Aidilfiri mengakhiri kita mensyukuri
Hari ini penuh erti
Hadiah illahi

Duhai Kasih yang ku puji dan puja
Di malamnya yg mulia
Sisimu aku mendamba

Tempatku bermanja
Hanya namamu yg ku seru
Semalam dan seharian bawa kedamaian
Alunan Al-Quran doa dan harapan
Sujud kesyukuran

Berderang malam yg tenang
Terlihat rembulan
Sinar kemuliaan
Tandakan ramadhan
Bulan keampunan"

* mmm pertama kali berbuka pose dan bertarawih bersama dengan menteri baru di masjid besi.. semua berjalan lancar

4 Sep 2009

PUDING ROTI KEJU


Puding roti memang sodap tu jang, terliur lak den dibulan poso ni a


BAHAN-BAHAN:
750 ml susu segar
3 biji telur
150 gm gula perang
100 gm kismis
1 sudu kecil serbuk kayu manis
6 keping keju

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul rata susu dan telur.
2. Rendamkan roti ke dalam bancuhan susu tadi.
3. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu mentega.
4. Taburkan campuran gula pada setiap lapisan hingga lapisan atas.
5. Setelah siap, lapisan atas sekali letakkan keju.
6. Tuangkan baki susu dalam acuan. Kemudian bakar pada suhu 180oC selama setengah jam.

BAHAN KUAH:
500 ml susu segar
200 gm gula pasir
3 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api yang perlahan hingga pekat.
2. Sejukkan dan tuangkan atas puding tadi.
* hilang terus gestrik aku bila dapat makan puding dari SAJI ni. phhh

GASTRIK DI BULAN PUASA


Waktu sedang kerja di opis

adoi....
tetiba je perut ku sakit
tahun lepas awal ramadhan lagi perut ku dah sakit
tapi tahun ni hari yang ke 13 baru mula terasa,
bagai nak pitam pun ada
nak muntah pun ada
terasa ulu hati pedih teramat la sangat
mmm memang la gastrik tela menyerang ku
tak sabar rasanya nak balik rumah.

lepas je buka aku terus ke klinik
tak tahan lagi
ambil ubat
kena la RM23 haha...
baru la lega.
tapi ambil masa juga
langsung tak pergi tarawih.
apa lagi tido je la.
mmm sakit2 pun mimpi juga.

* semoga bangun pagi dia terus sembuh la hendaknya.