28 Ogo 2009

JOM BUKA DENGAN ROTI KEJU

Roti Keju Ayam

BAHAN-BAHAN:

4 keping roti
2 keping keju keping
2 sudu besar keju cheddar sagat
100 gm isi ayam (hiris nipis)
1/2 cawan susu segar

CARA MENYEDIAKAN:

1. Isi ayam dilumurkan dengan garam dan dan dilumur dengan sedikit minyak dan masukkan dalam kuali. Biarkan isi ayam masak.
2. Pukul telur dengan susu segar dan rendamkan roti sekeping demi sekeping.
3. Di atas dulang pembakar lapiskan aluminium foil dan bubuhkan sekeping roti. Di atasnya bubuhkan keju keping, keju cheddar dan ayam.
4. Letakkan lagi keping roti. Bubuhkan ayam saja.
5. Bubuhkan lagi sekeping roti dan bubuhkan keju keping dan keju sagat.
6. Akhir sekali bubuhkan roti.
7. Bakar pada suhu 200oC selama 15 minit.

PESAN SAJI: Jika tidak suka ayam, anda boleh gantikan dengan nanas, dan hanya keju keping. Jangan lupa taburkan kismis dan gula perang. Bahan lain sama dengan keju ayam.
*Hali2 makan roti lo. Roti memang merupakan salah satu makanan kegemaran ku. Berbuka lah dengan roti petang nih. Koleksi dari Saji

TEPUK DADA TANYA IMAN


Tepuk dada Tanya Iman

Hadith :

Diriwayatkan daripada Mu`awiyah bin Abu Sufyan r.a berkata: ”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Ini adalah hari `Asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka sesiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dan sesiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)."

(Bukhari)


HuraianSetiap mukmin dituntut melaksanakan segala amal ibadat sebaik mungkin. Di samping mengerjakan ibadat wajib kita juga hendaklah sentiasa melakukan ibadat sunat. Tujuannya adalah untuk menampal segala kekurangan dan kelemahan dari segi pelaksanaan amalan yang wajib itu. Dengan lain perkataan, bagi mengimbangi segala amal ibadat yang dilaksanakan.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberi pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” ( an-Nah: 97).

* mmm jangan lupa bayar zakat fitrah cuma RM7 je sekepala di Wilayah Persekutuan




27 Ogo 2009

IBADAH MENUNTUT ILMU


Keistimewaan Orang Yang Menuntut Ilmu

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."(Cikgu2)

Abu Umamah r.a

Huraian

Pengajaran hadith:

i) Usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam.

ii) Bagi sesiapa yang melakukannya akan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan para malaikat dan sekalian makhluk di langit dan di bumi, semuanya berdoa untuknya agar Allah memberikan balasan yang sebaik-baiknya

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN


Buat julung kalinya sambutan hari kemerdekaan kali ini diadakan di Dataran Parlimen Malaysia.

Kebetulan pula Parlimen sedang menyambut ulang tahunnya yang ke 50. Di Bangunan Parlimen ini lah aku mula bertugas dengan kerajaan. Banyak juga kenangan manis ku bersama ahli yang berhormat dulu.

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 52 pada tanggal 31 Ogos 2009 ini aku sebagai anak merdeka ingin mengucapkan salam kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.



Kita patut rasa bangsa dan bersyukur kerana dilahirkan di Negara yang permai ini. Oleh itu marilah kita sama2 berganding bahu membangunkan negara ini agar dia setanding dengan negara maju yang lain.


Tahniah diucapakan kepada negarawan2 negara yang telah berjuang memerdekakan dan mempertahankan negara ini dari sebarang bentuk penjajahan.


Terlalu banyak yang baik dan eloknya terdapat di negara bertuah ini. Betapa nikmatnya dan damai hidup di sini dengan acuan kita sendiri. Jom ramai2 kita ke Dataran Parlimen bagi sambutan hari Kebangsaan kali ini.

* Aku juga telah merdeka dari segala godaan nafsu...



25 Ogo 2009

JUS PENAWAR

cuma RM138 je

Sistem Badan
Bina dan imbangkan lapan sistem badan anda dengan Jus Penawar 23 Herba
Pencernaan & Tenaga Ramuan botani dalam Jus Penawar 23 Herba membantu anda mencerna makanan dengan lebih baik, agar tubuh badan anda mampu menggunakan nutrien dengan lebih berkesan untuk membina dan menyuburkan sel sambil membekalkan tenaga yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih bertenaga.

Ramuan botani utama: Gel Aloe vera, Akar ginseng Siberia, Akar manis Likuoris, Beras barli Cina, Akar Cikori, Akar Dandelion, Kamomil Jerman, Alfalfa, Biji Halba, Debunga lebah, Halia
Ramuan botani sekunder: Rose hip Cina, Beri Juniper Penyingkiran / Antioksi dan

Ramuan dalam Jus Penawar 23 Herba membantu menyingkirkan, daripada tubuh badan anda, bahan buangan yang terhasil daripada proses pencernaan dan melalui metabolisme normal. Ia membantu tubuh badan anda menyingkirkan lebih banyak lagi toksin yang telah memasuki badan melalui makanan, minuman dan persekitaran kita, sambil meneutralkan radikal bebas dengan antioksidan.

Ramuan botani utama: Gel Aloe vera, Beras barli Cina, Beri Schisandra, Akar Cikori, Akar Dandelion, Kulit kayu Kaskara, Beri Juniper, Biji saderi
Ramuan botani sekunder: Akar Astragalus, Rose hip Cina, Sarsaparila
Struktur (Rangka Otot)Ramuan dalam Jus Penawar 23 Herba membantu mengekalkan kesihatan tulang, otot, sendi, dan tisu perantara anda; melindungi organ sensitif dalam badan anda, membolehkan anda berdiri tegak dan bergerak bebas.

Ramuan botani utama: Halia, Sarsaparila, Kapsikum
Ramuan botani sekunder: tiada
Hormon (Endokrin) Ramuan dalam Jus Penawar 23 Herba memiliki keupayaan untuk memodulasi fungsi kelenjar yang merembes bahan-bahan kimia, yang akhirnya mengawal dan membantu mengimbangkan setiap sistem dalam tubuh badan kita.
Ramuan botani utama: Akar Astragalus
Ramuan botani sekunder: Akar ginseng Siberia, Cendawan Reishi, Biji halba, Biji saderi
ImunRamuan botani dalam Jus Penawar 23 Herba memperkukuhkan kemampuan semula jadi tubuh badan anda untuk melindungi dirinya.

Ramuan botani utama: Akar manis Likuoris, Akar Astragalus, Cendawan Reishi, Rose hip Cina, Thyme
Ramuan botani sekunder: Gel Aloe vera, Akar ginseng Siberia, Beri Schisandra, Akar Cikori
SarafRamuan dalam Jus Penawar 23 Herba menyokong koordinasi otak anda, saraf tunjang, dan juga rangkaian urat saraf yang berjalin-jalin di seluruh tubuh badan anda.
Ramuan botani utama: Akar ginseng Siberia, Akar Astragalus, Bunga Markisah
Ramuan botani sekunder: Kamomil Jerman, Thyme Reproduktif

Ramuan botani dalam Jus Penawar 23 Herba membantu mengimbangkan hormon, menuju ke arah sistem reproduktif yang sihat.
Ramuan botani utama:Pipsissewa
Ramuan botani sekunder: Biji halba, Halia
KardiovaskularRamuan botani Jus Penawar 23 Herba menyokong sistem kardiovaskular yang sihat, termasuklah mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.
Ramuan botani utama: Cendawan Reishi, Beras barli Cina
Ramuan botani sekunder: Akar Cikori, Alfalfa

23 Ogo 2009

BUKA PUASA DI HOTEL




sabar separuh dpd iman


Hari ni aku cuti rehat. Mmm maklum la cuti masih banyak lagi. Petang ni nak berbuka puasa di Hotel daerah Sepang dengan keluargaku. Gembira tak terkira budak2 tu. Sesekali dapatmakan di hotel. Sebenarnya tiap2 tahun ku bawa mereka berbuka puasa bersama2 di hotel.


Tak sabar nampak!!!!!


Waktu dalam perjalanan anak2 ku sebuk bercerita nak makan macam2. Ada yang nak makan sup, ada yang makan bubur lambok la, cendol, kek, dan macam2 lagi. Mmm tapi bila dah sampai waktu berbuka, makan sikit je dah kenyang. Minum air je lebih. Selain nasi beriani, aku ambil sup ekor dan buah2an je.

Kek batik yg ku suka


Lepas solat maghrib anak2 ku sambung makan lagi sampai dah tak larat. Mmm ambil sate la abc la, pengat dan kuih muih pencuci mulut.

banyaknya aku ambil larat ke tuh



Dalam perjalanan pulang semuanya kenyang dan mula la mengantok lak. Mmm jawabnya hanyut la dan tak pergi sembahyang la nampaknya. Letih.....

Esok2 tak emboh macam gini lagi la. Makan macam nak lupa diri lak.


* Ini tak leh jadi neh, aku tewas lagi dengan godaan makan yang melimpah ruah nampaknya. Macamane pun aku syukur je.

HARI PERTAMA PUASA

Pakai jersi MU tu


Kimi: pukul berapa sekarang ma..., lagi berapa jam ma..kenapa rasa lambat masa berjalan.

Ayah: sebab bila kita menunggu sesuatu memang la terasa lambat. Banyak masa terluang la tu, cuba penuhi dengan mengaji Al-Quran kan bagus.... tentu rasa masa cepat berlalu dan pahala pun dapat.
Mmm macam tak larat je nampak Kimi ni. harap pakai baju MU je tapi tak larat lak. Begitulah yang kelihatan di rumah ku hari pertama Kimi berpuasa. Kalau dah masuk hari kedua baru ok. Begitu la setiap tahun.


pemain bola sepak di sekolahnya

Ok siapa nak Quran Kecil dari Jordan hadiah dari Hakim Jordan semasa Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa baru2 ini. Haifa kata dia nak, dan kimi pun nak juga. Nasib baik ada dua quran kecil sorang satu.

Dapat je Quran tu, Kimi terus baca. mmm macam tu la anak ayah semoga teruskanlah membaca Quran tu setiap hari.

* Semoga kami sekeluarga mendapat dari Nur Quran

21 Ogo 2009

SALAM RAMADHAN


SALAM RAMADHAN DARI KAMI SEKELUARGA

Salam, syukur kehadrat Ilahi kita diketemukan lagi dengan bulan Ramadhan lagi. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Disamping itu marilah kita bertarawih dan bertadarus. Perbanyakkan lah beramal serta melakukan perkara yang baik saja dan semoga dijauhkan dari apa jua kemungkaran. Rebutlah peluang keemasan ini semuga kita menemui malam lailatul qadar hendaknya. Insyaallah...




Impian nak balik raya naik kereta macam ni


Disamping perbanyakan berdoa dibulan yang mulia ini, teruskan berusaha agar dapat apa yang hajati. Agar segala impian tercapai dengan lebih pantas lagi.


mmm minum jus Herba Entra selepas sahur bagus beb. x mahal cuma RM138 jer sebotol....

19 Ogo 2009

BERSAMA CEGAH HINI


Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.
Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.
Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
Individu berusia 65 tahun dan ke atas
Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
Wanita mengandung
Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat.
Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema, Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

* Cegah lah wabak H1N1 dengan

Banyakanlah berdoakepada Allah agar dilindunngi dari wabak ini. dan jangan lupa cubalah mengamalkan jus 23 herba

18 Ogo 2009

TANGAN YANG MEMBERI


Tangan Yang Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah

Hadith :



Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

(al-Bukhari)

Huraian



BERSEDEKAH dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya. Allah juga akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Dalam surah al-Lail, Allah telah menyatakan tentang sifat kedekut dan ego di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah. Bahkan Seseorang yang tidak suka bersedekah adalah umpama seseorang yang mempunyai benih tanaman, tetapi tidak pula ia menanamnya. Orang yang tidak suka bersedekah ini tidak akan dapat memungut atau menuai hasil rezekinya itu.


* Aku masih ingat dan hagai insan bersedekah kepada ku ketika aku susah dulu. Semoga Tuhan sajalah yang dapat membalasnya.

16 Ogo 2009

ISTIGHFAR

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud


Huraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

* Semuga Allah ampunkan segala dosa2 ku. Amin

14 Ogo 2009

TILAWAH ANTARABANGSA

Aku la tu....bakal Qari


Johan Qari dan Qariah

Dengan Hakim Thailand

Assalammualaikum..., aku kembali lagi. Tilawah Antarabangsa 09 telah pun tamat dengan jayanya. Semua orang tahu johan qariahnya kan. Qariah dari negeri aku la Yop, bekas juara Akedemi Quran iaitu Syarifah Kasif, tempat kedua dari pula Negara Thailand dan ketiga dari Negara Brunei Darul Salam. Bagi Kategori Qari pula Johan disandang oleh qari dari Iraq, kedua Iran dan ketiga Indonesia.


Hakim Brunei Darul Salam

Hakim Jordan

Macam biasa aku bertugas di Bilik Hakim lagi pada kali ini. Dapat lah bersua kembali dengan para Jemaah Hakim yang arif lagi bijaksana itu. Dari negara kita seramai tiga orang hakim iaitu Tan Sri Syeikh Ismail, Tan Sri Hasan Azhari dan Tuan Hj Nik Jaafar. Turut mengambil bahagian hakim dari Negara Arab Saudi, Mesir, Syeria, Jordan, Iraq, Maghribi, Indoesia, Thailand dan Brunei Darul Salam.
Hakim Iraq

Makan dengan hakim dari negara Mesir tu...

Aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan hakim Jordan, Iraq dan Brunei. Aku juga menerima cenderahati dari hakim Joran dan hakim Iraq sebagai kenangan manis dalam hidup ku ini.
* akan ku simpan cenderahati tu sampai bila-bila. mmmm tiga minggu aku menginap di hotel berat badan bertambah le pulak.

2 Ogo 2009

HARI-HARI YANG CERIA


Syabas !!!

Pertama, aku ceria ialah mmm mentang2 la pakai baju baru hari ni, sampai je kat opis aku dah bergambar. Sepanjang hari tu aku nampak ceria je dengan baju baru ini. Walaupun aku dihujani dengan lambakan kerja. Agar aku terus ceria walaupun aku pakai baju yang lain.

Kedua, aku ceria hari ini ialah kerana bulan ini aku mula dengan jawatan baru yang lebih tinggi sikit la dari biasa. Baru dapat surat kenaikan pangkat dari JPA. Tahniah!!!!! untuk diri sendiri hehehe.... dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan ku rezeki lagi. Semuga aku tidak kufur dengan nikmat Mu, dan semuga aku juga dapat menjalankan tugas yang diamanahkan itu. Walaupun aku tahu tugasan yang ku galas ini semakin berat dan mencabar namun aku akan cuba sedaya upaya ku. Aku mohon pada Mu Ilahi, agar hidup ku ini Kau berkati sentiasa ya Allah. Amin.....
*mmm aku semakin sibuk kini. semuga aku dimengerti dan tidak lupa diri. Terima kasih atas segalanya.