27 Jun 2009
SUATU PERJALANAN
Sabtu, Jun 27, 2009
No comments
Ke sana ke mari tercari-cari
Di sini ku temui ruang di hati
Tiada yg lain bisa mengganti
CintaMu kepadaku cinta hakiki
Duhai Allah yg maha memiliki
Cinta yg akan ku bawa mati
Hanya untukMu hidup ini
RasulMu diteladani
KitabMu (Al-Quran) teman yg abadi
Wahyu rujukan kami
Ya Allah!
Ya Allah!
Janganlah palingkan kami
Kasihanlah hambamu ini
Hanya untukMu hidup ini
RasulMu diteladani
KitabMu teman yg abadi
Wahyu rujukan kami
Ke sana ke mari tercari-cari
24 Jun 2009
CERMIN DIRI
Rabu, Jun 24, 2009
No comments

Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
Pasti suasana 'kan lebih bermakna
Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Kata mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjanjikan untuk esok hari
Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan ku ini
Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mampu pertahankan mu
Walau pun lawan ku seribu
Itu hanya bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang, kala malam
Hakikatnya yang ku ada, satu jasad
Satu nyawa, satu cinta
Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasib mu
Kini aku mengenggam satu azam
Melempar khayalan
Bentuk kehidupan
BILA DIRI DISAYANGI
Rabu, Jun 24, 2009
3 comments

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba,
keikhlasan doa,
keagungan
Kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
21 Jun 2009
BINGKISAN BUAT TEMAN
Ahad, Jun 21, 2009
No comments

Teman
Kala diriku terjerat di penjara cinta
Kala hatiku dibaluti kesayuan rindu
Kala sepi berlabuh di dasar kalbu
Kala irama syahdu menemani diri mengisi waktu
Kala menanti kepastian sejuta persoalan
Kau hadir membelai luka
Bingkisan kata menari dihujung jemari
Seakan mengerti bisikan hati
Teman
Hari berganti hari
Masa berlalu memakan waktu
Kemesraan tersimpul rapi dilayari rindu
Menanti malam menjemput siang
Agar ikatan keikhlasan mengupas persahabatan
Teman
Bunga yang dimiliki orang
Ditaburi warna kekusaman
Begitulah jua...
Suramnya wajah keperempuanan ku
Walau berseri disebalik topeng kedukaan
Jiwa meruntun merayu ketenangan
Bertamu disudut kehidupan
Lipatan rahsia kau kailkan
Lalu terapung tanpa jawapan
Murni jiwamu yang menyentuh perasaan
Keikhlasanmu yang merawat kesedihan
Ingin menyemai nostalgia silam
Agar ikatan membuihkan kemesraan
Teman
Tanpa kusedar dan tanpa ku duga
Dirimu menanam pohonan cinta
Sedang diriku sudah berpunya
Walau diri diselimuti sengsara
Kini...
Susunan bicara berbaur cinta
Mengungkap istilah sebenarnya
Antara setia dan airmata
TemanSepi, resah dan duka
Itulah rencah kekosongan hidupku
Tatkala bicaramu sirna di mataku
Senyum dan tawa
Menguntum tanda gembira
Tatkala rancak berbicara
Justeru diriku...
Menyingkap tirai bicara
Teman
Andainya puisi ini kau fahami
Andainya jeritan hatiku kau selami
Andainya impianku bisa kau penuhi
Kau tidak berlari mengejar mimpi
Menghitung hari menanti realiti
BICARA KASIH
Ahad, Jun 21, 2009
No comments

Hadirmu bak selembut sutera
Meresap ke dalam naluri setiap insan
Membibitkan suatu pertemuan
Melahirkan suatu keajaiban perasaanYang sukar ditafsirkan
Sucinya sebuah percintaan
Umpama salji yang melitupi separa alam
Kebersihan semurni jiwa
Kedinginan sesejuk hubungan cinta
Keikhlasan ibarat keutuhan warnanya
Pentas duniawai saksi perbicaraan
Antara dua insan
Yang memburu kasih sayang
Bicara romantis pengubat kerinduan
Hamparan janji terukir di bibir
Terpahat di sanubari
Menanti suatu ketentuan
Bicara cinta membenihkan benang kejujuran
Yang bisa menguji pasangan
Antara realiti dan kepura-puraan
Tergugat kesetiaan tercabar keimanan
Cinta tiada akhirnya
Kekal selama-lamanya
Terlerai ikatan hanya sementara
Bersua kembali
Bila tiba masanya
20 Jun 2009
KASIH SEORANG BAPA
Sabtu, Jun 20, 2009
No comments

"Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti"
Anakku Sazali juwita
laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia...
BEGITU puitis lirik lagu Anakku Sazali ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Baitnya syahdu dan menyentuh jiwa, membayangkan keakraban hubungan dan kasih tidak berbelah bahagi antara seorang bapa dan anak. Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.
Islam meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormatinya, berbuat baik dan berkata dengan sopan.“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia. “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)Teks al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua. Tetapi sejauh mana ketaatan itu? Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua?Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, ketaatan kepada orang tua wajib dalam hal meragukan dan tidak wajib dalam hal yang jelas haram kerana meninggalkan sesuatu meragukan adalah warak (berhati-hati), sedangkan keredaan orang tua adalah wajib.
Berbakti kepada orang tua tidak hanya kepada bapa atau ibu yang Muslim. Walaupun kedua-duanya kafir, anak harus berbuat baik kepada mereka dan termasuk berbuat baik dan tidak berjihad kecuali dengan izin mereka. Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim)Melalui hadis lain disebutkan orang itu menjawab: “Ya, kutinggalkan mereka menangis.” Nabi berkata: “Pergilah, buatlah mereka tertawa, sebagaimana engkau membuat mereka menangis.”Jangan sesekali membuatkan bapa menitiskan air mata. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)Menurut al-Qurtubi, termasuk kesempurnaan dalam berbakti kepada kedua orang tua ialah menjalin hubungan baik dengan orang yang mereka cintai. Diriwayatkan dari Muaz ibn Jabal r.a, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa berbakti kepada kedua orang tuanya, beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya'la, Tabrani dan al-Hakim)Bagi anak yang sudah ketiadaan bapa, masih boleh berbakti kepadanya. Diriwayatkan Abu Usaid, seorang Badwi, dia berkata: “Aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w, kemudian datang kepadanya seorang lelaki Ansar. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah aku masih boleh berbakti kepada ayahku sesudah dia meninggal?” Baginda menjawab yang bermaksud: “Ya, mendoakan rahmat bagi keduanya, memohonkan ampun bagi keduanya, melaksanakan wasiat mereka, menghormati teman mereka, menjalin hubungan dengan kerabat daripada pihak mereka berdua. Inilah yang masih boleh engkau lakukan.”Sebagai anak, tutur kata dengan bapa sewajarnya sopan dan beradab, tidak mengguriskan hati, malah melayaninya dengan penuh keikhlasan, hormat dan rendah diri. Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua. Nabi bertanya: “Siapakah yang bersamamu?” Orang itu menjawab: “Ayahku.” Baginda bersabda: “Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia, jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya.” (Hadis riwayat Tabrani) Menurut Atha’, perkataan lemah-lembut seperti “wahai ayah, wahai ibu” tanpa menyebut namanya.Ibnul Baddaah at-Tujaibi berkata: “Aku berkata kepada Said Ibnu Masayyab, semua yang ada dalam al-Quran mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa sudahku ketahui, kecuali firman-Nya bermaksud: “Dan berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia.” Apakah perkataan yang mulia itu?” Ibnu Masayyab berkata: “Ia adalah perkataan hamba yang berdosa kepada tuan yang bengis dan keras.”Begitulah kiasan dalam hubungan interaksi antara anak dan bapa.
Tetapi kini ada anak sewenang-wenangnya menengking bapa, memaki hamun, malah sampai menghumbankan bapa ke penjara dan mencederakannya. Bongkaknya, seperti sudah lupa asal usul.Ibnu Abbas berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat reda kedua orang tuanya di waktu pagi dan petang, dia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang, satu pintu. Sesiapa di waktu petang dan pagi membuat marah kedua orang tuanya, dia mendapat dua pintu neraka yang terbuka, jika seorang, satu pintu.”Tetapi bagi si anak pantang melihat bapa melakukan perkara bertentangan. Bapa, walaupun kerap kali berdepan dengan anak bermasalah, tetap bersabar dan menutup aib sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berguna. Malah, anak selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini.
Satu kisah terjadi pada zaman nabi. Diriwayatkan dengan Isnad bersambung dari Jabir ibn Abdillah r.a, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku mengambil hartaku.”Kemudian Jibril turun kepada Nabi dan berkata: “Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu dan berkata kepadamu: “Apabila orang tua itu datang kepadamu, tanyailah dia mengenai sesuatu yang dikatakannya dalam dirinya dan hanya didengar kedua-dua telinganya.”Ketika orang itu datang, Nabi berkata: “Mengapa puteramu mengeluhkan kamu? Apakah engkau ingin mengambil hartanya?”Orang tua itu berkata: “Tanyailah dia, ya Rasulullah, apakah aku membelanjakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku?”Rasulullah berkata: “Janganlah ceritakan hal ini kepada kami. Beritahulah aku mengenai sesuatu yang engkau ucapkan di dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu.”Orang tua itu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah, Allah Azza wajalla selalu menambah keyakinan kami kepadamu. Aku sudah mengucapkan sesuatu di dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku.” Rasulullah berkata: “Katakanlah supaya saya mendengarnya.”Orang itu berkata: “Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan kubiayai engkau di kala dewasa. Engkau minum daripada rezeki yang aku berikan padamu. “Bila engkau sakit pada waktu malam aku tidak tidur dan gelisah semalaman suntuk kerana penyakitmu, seakan akulah yang terkena bukannya engkau dengan penyakit yang menimpa orang lain sehingga aku menangis. “Diriku takut engkau binasa, supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu. “Apabila engkau jadi besar dan mencapai akhir umur, aku pun tidak mengharapkanmu, engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.“Kiranya bila engkau tidak memelihara hak aku sebagai bapa, engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan. Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku, dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu.”Ketika itu, Nabi memegang leher baju putera orang itu dan berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu."
* Salam Hari Bapa kepada semua bapa2 yang mengenali diri ini. Semuga anda dan saya jadi bapa yang soleh..
dan tak lupa juga terima kasih kepada yg sudi ucap kpd saya.
19 Jun 2009
GURINDAM JIWA
Jumaat, Jun 19, 2009
No comments

Gurindam Jiwa
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
* Dengan syarat ikut perintah Allah la, insyaAllah baru boleh masuk syurga
17 Jun 2009
HATIKU
Rabu, Jun 17, 2009
No comments

Hatiku..
mengapa kau begini?
hatiku binggung,
hatiku keliru, marah,
mana patut dipilihan rasa dan pendirian
mengapakah jadi begini hatiku
kini bukan pada ku
dibawa pergi dan dicuri tanpa ku sedar
meninggakan ku dengan seribu persoalan hatiku,
bantulah aku...kembalilah padaku
jika kau rasa dia bukan untuk ku namun,
jika kau rasa dia ditakdirkan bersama ku
janganlah kau tinggal kan aku...
bawalah aku bersamamu
untuk merasa nikmat bahagia..
TEMPAHAN BAJU RAYA TELAH DITUTUP
Rabu, Jun 17, 2009
No comments

UNTUK MAKLUMAN
KEPADA SEMUA PARA PELANGGAN WIFE AKU,
TEMPAHAN BAJU RAYA TELAH DITUTUP.
HARAP MAAF
Minta maaf bebanyak le ye kerana tempahan baju raya tutup awal dari pada biasa.
Kesian lak kat wife aku siang malam asyik jahit baju je. Sampai x sempat lak nak layan aku.
Duit boleh dicari dik oi, tapi kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang ringgit kan...duniawi je tu.
Lagi pun dalm bulan Ramadhan nanti nak gak ke surau sembahyang tarawih..
* kena seimbang dunia akhirat le kata kan..
JUS 23 HERBA
Rabu, Jun 17, 2009
No comments

Minuman herba yang mengekalkan kemudaan dan kesihatan anda kini sudah ditemui!"
Minuman yang berusia lebih ribuan tahun ini telah dikaji oleh saintis-saintis sejak 60 tahun yang lalu dan ternyata ianya amat mujarab dapat mengembalikan kesihatan kita kembali seperti asal zahir dan batin. Perkara ini menjadi bualan hangat dan membingungkan para saintis seluruh dunia bagaimana orang tua boleh hilang kekedutannya dan kembali muda !!
Dengan JUS 23 HERBA, ini TIDAK MUSTAHIL !! Kesihatan anda akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Anda boleh lihat perbezaannya dalam beberapa hari sahaja!! Dengan keizinanNya.
Kajian saintis juga mendapati beberapa jenis tumbuh-tumbuhan herba jika digabungkan dengan sukatan yang tepat akan menjadi penawar yang amat mujarab membenteras segala jenis penyakit yang ada di dunia ini kecuali mati.
Ingin tahu rahsianya? Hasil daripada kajian mendapati bahawa banyak tumbuh-tumbuhan di dunia ini dapat membantu memperbaiki kesihatan kita dengan lebih efektif berbanding dengan ubatan moden hari ini yang sering kita maklum kesemuanya menggunakan bahan kimia dan dicampur beberapa jenis dadah yang dibenarkan. Ianya hanya dapat meredakan kesakitan sementara sahaja. Dengan erti kata lain ubat hanya mampu menahan dan bukannya mengubati sesuatu penyakit. Ubat juga akan menyebabkan kesan sampingan terhadap tubuh seseorang.
Contoh: Pengidap kencing manis ; Ubat yang diambil hanya untuk 'bertahan'. Ia akan terus merebak dan menyebabkan kesan sampingan lain seperti kerosakan buah pinggang, mata menjadi kabur, gigi gugur, tengkuk dan kepala sering sakit, telinga 'berdengung', lemah tenaga batin, tubuh menjadi lemah dan lain-lain.
* InsyaAllah sejak aku mengamalkan jus ni terasa 10 tahun muda kembali hehe... BETUL!!!
tak caya tanyalah wife aku. jangan sampai perasan dan lupa diri dah la...hehehe
duit boleh carikan tapi kalau dah x sihat payah banyak le beb. harga leh runding lagi....
XKL SKYFRUIT JUICE PREMIX
Rabu, Jun 17, 2009
No comments

XKL Skyfruit Juice Premix
XKL Skyfruit Juice Premix is formulated utilizing very high concentrated Sky Fruit extract as raw materials and processed using hi-technology. XKL Skyfruit Juice Premix works on principle of promoting blood circulation and hence improving the delivery of nutrients and oxygen throughout the body. It also replenishes nutrients to the kidneys and improves kidney functions.- An unique fizzy nutritious drink- Promote blood circulation, overall health and vitality.- Increase the strength of immunity
* Juice yg ni memang kegemaran ku dan leh tambah power gak.
kalau nak cuba jangan malu2 tinggalkan ego tu, aku leh belanjer.....
GUARANA COFFEE
Rabu, Jun 17, 2009
No comments

Guarana Coffee
Dalam kajian botani, guarana di temui buat pertama kalinya pada zaman pertengahan di dalam hutan hujan amazon. Ia tergolong sebagai spesies Paulina Cupana. Pemanjat tropika ini merupakan pohon saka bertangkai yang hidup dengan memanjat pokok besar hutan amazon untuk mencapai matahari.
Di sepanjang kawasan amazon, terdapat sebuah Bandar terkemuka bernama Maues yang di gelar “kota lanjut usia” di mana jangka hayat populasinya melebihi umur 80 tahun. Pemeriksaan teliti para sarjana mendapati rahsia umur panjang ini adalah disebabkan oleh sejenis tumbuhan yang bernama guarana.
Biji benih guarana apabila di amalkan akan memberi tenaga dan juga awet muda. Antara kesan guarana termasuklah memberi sumber tenaga utama yang mempunyai fungsi penyembuh yang unik, mengurangkan kesakitan, mengelakkan penyakit, mengelakkan jangkitan, menguatkan sistem saraf, mengembalikan tenaga batin, memudahkan pernafasan dan menguatkan jantung. Oleh yang demikian, orang asli Amerika menganggap biji benih guarana sebagai “PERMATA” bernilai tinggi yang boleh memberi kesihatan dan usia panjang.
Kopi Guarana Desquera diperbuat daripada campuran serbuk Buah guarana yang diimport dari Brazil dan kopi Arabika yang terpilih. Keenakan kopi Arabika dan kebaikan Buah guarana yang mengandungi lebih daripada 10 jenis khasiat asid amino yang di perlukan oleh badan dapat memberikan kepuasan yang optium. Kopi Guarana Desquera dirumus dan diadun untuk mendapatkan gaya dan citarasa Kopi Brazil yang sebenar.
Khasiat:
Sindrom kelesuan yang kronik
Mental dan fizikal yang lemah dan kegemukan
Kesukaran bernafas disebabkan merokok
Fungsi seks yang sempurna
Sistem ketahanan badan yang lemah
Demam, keresahan, tekanan, jangkitan dan penuaan
Pencemaran dan pembekuan darah
Masalah kedatangan haid
Kandungan:
Ekstrak kopi, gula, susu tepung dan Ekstrak guarana.
Perhatian:
Perempuan mengandung atau selepas bersalin tidak di galakkan meminum kopi guarana.
Produk
Desquera Worldwide.
8 Jun 2009
SAHABAT SEJATI
Isnin, Jun 08, 2009
1 comment


"Sahabat yang setia amat sukar dicari tetapi apabila kamu sudah menjumpainya, pastikan kamu tidak kehilangannya."Persahabatan itu seperti mata & tangan..ketika mata menangis,, tangan menghapus air mata..ketika tangan terluka,, mata menangis.. ketika mata tidak bisa melihat,, tangan membantu untuk meraba...
* jangan tersalah raba dah la..hehe
MINYAK KELAPA DARA
Isnin, Jun 08, 2009
No comments

Tahukah anda , pokok kelapa yang mempunyai batang kuat dan mampu tumbuh tegak berdiri setinggi 100 kaki tanpa ranting yang hanya bergantung kepada akar rerambut untuk menahan beban yang berat dan tiupan angin kencang, sebenarnya mempunyai khasiat semulajadi yang tersembunyi , segagah pohonnya yang tahan lasak. Kebanyakan pokok kelapa hidup secara " Nactural Farming " tanpa menggunakan baja kimia, masih mampu mengeluarkan buah yang banyak. Pokok ini juga terkenal dengan jolokkan makin tua makin menjadi ,seperti kata pepatah "makin tua makin pekat dan banyak santannya''.
Definasi Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat didalam buah kelapa tersebut.
* Bila angin pantai bertiup kencang seolah2 dedaun kelapa melambai mengajak ku pulang ke kg halaman yg telah lama ku tinggalkan. Ku rindukan zaman kanak2 ku yg x mungkin berulang.....
7 Jun 2009
MINYAK POWER 31
Ahad, Jun 07, 2009
No comments

Dirumus khas untuk suami supaya tahan lebih lama ketika bersama isteri.
KANDUNGAN
98% - Minyak Kelapa Dara
2% - Herba Terpilih
KELEBIHAN BILA DISAPU / UNTUK SUAMI
> Suami akan jadi lebih perkasa dan tahan lama..xxx.
> Isteri boleh mencapai puncak sehingga 3 kali.
> Menyegarkan dan menghangatkan.
> Pelayaran lancar dan jauh...
CARA PENGGUNAAN
Suami disyorkan memakai VCO 31 selepas mandi petang (6.00pm hingga 7.00pm) iaitu 2-4 jam sebelum bersama isteri dan ianya berkesan sehingga 10 jam. Sapukan atau “ spray “ 1 atau 2 titik sahaja (awas jangan lebih), kemudian sapu rata pada sekeliling di bahagian leher alat suami (terutama bahagian bawah/sensitive area) tidak perlu lumur keseluruhan. Ianya tidak terasa sejuk dan kebas. Sebaiknya basuh terlebih dahulu alam kelamin suami sebelum bersama isteri.
* mmm memang power gila beb!!!! nak tau cuba lah sendiri
(kalau nak oder je kat aku cuma RM35 je, mm orang bujang pun digalakan guna)
6 Jun 2009
BENTENGKAN DIRI
Sabtu, Jun 06, 2009
No comments

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG) iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al- Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh
anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
Terjemahan; Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya) , tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki- Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
Terjemahan: (1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur ' an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBU BACAAN Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad Rasulullah.
CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
5.0 AYAT PENGERAK BACAAN Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
* member aku beri melalui email, sama2 la kita menfaatkannya terima kasih..
MINUM AIR
Sabtu, Jun 06, 2009
No comments

Minumlah air suam walaupan sekarang musim panas...
Serangan Jantung dan Minum Air Suam Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum air panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.
* makan hati berulam jantung bila bertepuk sebelah tangan.
3 Jun 2009
KESABARAN YANG DICARI
Rabu, Jun 03, 2009
No comments

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'. Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'. Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi. Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.
2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.
3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.
5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan. Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.
* Aku perlukan jati diri bersama kesabaran itu agar tercapai keimanan yang mantop. InsyaAllah.
UKUR TAHAP TAKWA
Rabu, Jun 03, 2009
No comments

HIDUP kita di dunia ini tidak lebih pengembara yang sedang berteduh di bawah naungan sebatang pokok di tengah padang pasir yang terbentang luas. Selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hidup aku di dunia ini diibaratkan pengembara di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu."
Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa. Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.
Sekiranya ada orang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya. Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap. Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah. Justeru, fahamilah hidup kita di dunia ini ialah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya. Justeru, dalam mengejar dunia, berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.
* Dunia ini penuh dgn kepalsuan. Hati2 dgn godaan dunia dn jgn sampai hanyut dah la.
Langgan:
Ulasan (Atom)





