31 Okt 2008

TAHSIN AL-QURAN DI IPOH












Kursus Tahsin Al Quran telah di adakan di Hotel Heritage, Ipoh. Aku dan rakan2 seprjuangan iaitu yang diketuai oleh Us Shariman, Us Marwan, aku dan us Shaheida ke sana dari 26 - 30 Oktober, 2008. Seramai 4 fasilitator telah di jemput memberikan ilmu dari bidang Tawjid, Fasohah, Tarannum dan seni suara. Seramai 33 peserta perinkat zon tengah dan utara mengikuti kursus ini. Bagi sessi bengkel kita pecahkan kepada 4 kumpulan agar senang guru memberi tumpuan yang lebih berkesan.

Banyak kenangan manis sepanjang kursus tersebut, terutama waktu free. Sehari sebelum pulang, kami semua dijemput ke rumah Imam Besar Negeri Perak, iaitu Dato' Syeikh Mohd Nor di Ipoh. Kami dirai dengan istemewa sekali sehinggakan semasa pulang ke hotel dihantar oleh salah seorang anak beliau dengan kereta mewah. Memang orang orang perak bagus2 belaka.
Moga kursus Tahsin Al-Quran kali ini mendapat manfaat dan keberkatan kepada semua yang terlibat. Terutama para bakal qari dan qariah Tilawah Al-Quran akan datang.
Cuma aku x sempat nak beli Labu Sayong buatan Perak utk kenang-kenangan.
Cian lak kt bebudak kt opis x de buah tangan. selamber...

SIFAT TERPUJI DI DALAM AL-QURAN


* Takut hanya kepada Allah. “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.” (al-Maidah:28)

* Melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai hamba Allah. “Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (al-Qasas:24)

* Menyembunyikan perasaan marah dan sentiasa bersikap pemaaf. “Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali-Imran:134)

* Memberi makan anak yatim yang dalam kelaparan dan kaum kerabat yang miskin.“Atau memberi makan pada hari kelaparan. Kepada anak yatim dari kaum kerabat. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.” (al-Balad:14-16)

* Suka bersedekah dengan harta yang disukainya kepada orang yang amat memerlukan bantuan.“Dan seseorang itu suka mendermakan harta bendanya yang dia amat sukai kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang yang miskin.” (al-Baqarah:177)

* Cenderung dan suka kepada perdamaian dan keharmonian.“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya.” (al-Anfal:61)

* Tidak meminta-minta.“Mereka disangka sebagai orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.

* Bersabar dalam menempuh dugaan, baik ketika senang mahupun susah. “Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang sabil.” (al-Baqarah: 177)

* Menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.“Maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya.” (al-Baqarah:283)

* Tidak bersifat bakhil dan sanggup membelanjakan harta kepada golongan yang memerlukan.“Sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (at-Taghabuun: 16)

* Bersederhana dalam semua perkara. Tidak terlalu boros ketika berbelanja dan tidak kedekut.“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (al-Furqaan:67)

RAYUAN DIPUNCAK GENTING



Minggu lepas aku dan rakan2 seperjuangan baru turun dari Genting, ada Kursus Protokol anjuran jabatan. Seronok gak ikuti kursus tu, sekurang2nya faham la sikit tentang etiket sosial, terutama di meja makan dengan VIP. Selalunya aku pakai hentam saja. Sekarang ni lebih tertib la sikit (halus). Aku suka persembahan yang ditujukkan oleh fasilitator ketika sessi simulasi makan beradab. Sopan dan kena je apa yang cikgu buat. Bila kita orang buat rasa macam robot le pulak kah kah kah...Ada lak tu macam pengantin baru sedang makan, macam tak puas je.

Habis kelas petang, free. Mula lah boring....tau nk gi maner. nk gi naik cabel car hujan lak. Tapi sehari sebelum balik sempat gak aku dan rakan naik ke puncak Genting dengan kereta member. Akau seriau gak dia pandu sebab kata nya kali pertama nak ke puncang dengan kereta. Sampai di atas kabus tebal dan sejuk sebab hujan. Sempat la pusing2 kat dalam pusat hiburan nya dan kami makan KFC sebelam turun semula ke hotel. Semasa turun tu dapat la aku lihat pandagan senja di puncak Genting. Teringat lah pulak lagu kumpulan Alyecats "Rayuan di Puncak Genting" semasa aku dizaman remaja dulu2. Best masa 2 tapi sayang tak dapat nak ulang semula.
*Alahamdulillah semua nya dah selamat sampai.....

30 Okt 2008

RUMAH UNTUK DI SEWA - RAWANG



TWN VILLA UNTUK DISEWA

TAMAN DESA PUTRI, RAWANG (LOKASI MENARIK)

SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI

MOHAMAD TERMIZI

mizie_mi@yahoo.com

HARGA BOLEH DIRUNDING!!!

18 Okt 2008

IZIN KU PERGI

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Abadi kasih kitaK
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara
Syurga selamanya


Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat jiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Maafkan daku duhai kasih
Izinkanku pergi

14 Okt 2008

GANJARAN PUASA ENAM

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar. Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal. Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat. Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasaqada.Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapatsebahagian ulama.’Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti. Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

SELAMAT AKU

Salam....

Alhamdulillah syukur.... aku lom sempat masuk skim 'B...........s' tu. Aku dengar dah pun kantoi.
Bank Negara Malaysia dah buat serbuan ke atas 4 syarikat yang menjalankan skim deposit tanpa kelulusan BNM. Termasuk la syarikat yang aku baru bercadang nak masuk. Tu la yang paling aku risau nak masuk MLM sekarang ni. Banyak yang menawarkan pelbagai skim/pakej yang kelirukan orang ramai. Hari2 berlambak2 iklan pelbagai skim dalam peti surat. Kalau aku nak simpan dah ada seguni kot. Aku cuma minta pihak berkuasa pantau la ianya segera. Jangan sampai ramai yang terjebak baru nak bertindak. Dah beribu2 mereka laburkan baru nampak x sah lak. Siapa yang x nak senang cepat beb. Bukan apa, tak kesian ke tengok ramai orang kita yang bercakap sorang2. Menyesal tak sudah2. Bergolok bergadai la kata orang nak kaya cepat. Semuga Allah lindungi dan selamatkan aku dan keturunan ku dari terjebak kepada benda2 yang macam tu... Amin.

9 Okt 2008

TERINGIN NAK JADI OKB GAK


Salam Lebaran..

Beraya di kampung tahun ni seronok gak. Hilang gak rindu kt kampung halaman. Jumpa sanak saudara dan sahabat handai, macam2 cerita menarik yang aku dengar.
Antara yang paling syok, dengar cerita ramai saudara mara aku yang dah masuk bisnes MLM. Aku tengok diorang masing2 macam orang kaya je. Ada sepupu aku yg sorang tu dah masuk 'B............s'. Hanya tampal steaker kat kenderan je, katanya pendapatan semakin lumayan gak. Leh la buat kenduri besar tahun ni.

Aku rasa macam teringin je nak join. Teringan gak nak jadi OKB. Tapi aku tengah fikir dan bincang dulu ngan kawan2. Bukan ape takut kantoi lagi hehehe. Dah banyak kali aku asyik terkena je. Dah beribu habis.... Tapi baru2 ni sebelum raya aku masuk skim insuran I....las. Masuk pakej RM300.00 je. Pas tu tunggu lebih kurang sebulan dapat ganjaran pertama RM600.00. Dah dapat cek dah seminggu sebelum raya. Ok le tu. Raya sakan le pulak. Ni nak tunggu ganjaran ke 2 RM1,200.00 lak. Kalau dapat aku beli satu lot lagi. Dah pulung modal x pe.

Siapa berminat sila kan dan kalau x berani jangan. Hati2 selalu dangan sampai kantoi lagi.

7 Okt 2008

SAHABAT
















Sahabat yang paling baik adalah sahabat yang boleh duduk bersama di dalam buaian, berbuai bersama tanpa sebarang kata, dan kemudiannya berjalan pulang dengan satu perasaan itulah perbualan yang paling hebat, benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,sehinggalah kita kehilangannya,kita tidak tahu apa yang kita rindu,sehinggalah ia datang,






Jangan harapkan cinta sebagai balasan, tapi nantikan ia untuk mekar, Pastikan ia terus mekar dalam syurga hati kita,Cinta, Kasih dan Sayang, cuma seminit untuk jatuh hati,Sekadar sejam menyukainya,Sehari untuk menyintainya,Tapi sepanjang hayat untuk melupakannya, kejarlah insan yang bisa mengukir senyuman di wajah kita,walau cuma sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati nan suram,kejarlah dan carilah.







Akan tiba waktunya,sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi,dan memeluknya dengan sebenar, Hanya mereka yang bijak menghargai mutiara ini,mampu menyentuh kebahagiaan.








* amat sukar ditemui sahabat sejati itu.